Showing posts with label demi bahagia ini. Show all posts
Showing posts with label demi bahagia ini. Show all posts

February 17, 2016

"DEMI BAHAGIA INI" - CINTA YANG MERENTASI BENUA

BY Unknown IN , , , , , , , , , , , No comments


Pernah tak korang membaca novel yang memiliki latar belakang negara luar yang mempunyai pemandangan yang menakjubkan. Malah bukan itu sahaja pertukaran musim yang silih berganti juga turut menghidupkan suasana dalam sesebuah novel yang ingin lari daripada menggunakan nuansa di negara sendiri iaitu Malaysia. Namun sekali sekala menggunakan latarbelakang negara luar juga dapat membantu mengembangkan perjalanan sesebuah cerita agar dapat memberi kesan yang mendalam kepada pembaca. Ada yang menggunakan latar belakang negara Korea, dan tidak kurang juga yang memilih latar untuk memilih untuk ke negara Eropah.

Barangkali anda mungkin pernah terbaca ataupun membaca sinopsis buku ini di Facebook atau di mana-mana blog atas talian, "Demi Bahagia Ini" nukilan dari penulis yang cukup terkenal iaitu Lynn Safiya. Beliau bukan sahaja hebat dalam menggarap novel-novel berkisarkan cinta dan kasih sayang malah turut sama hebatnya dalam menggarap cerita yang sarat dengan emosi dan keagamaan. "Demi Bahagia Ini" pula menyingkap kisah seorang wanita yang ingin lari dari dunia yang penuh noda dan dosa iaitu Qistina dengan meninggalkan keluarganya demi mencari sesuatu yang halal. Namun takdir telah mempertemukan dia dengan Ian Iskandar, seorang usahawan kacak yang tegas namun baik budinya.

Pelbagai cara telah dicuba oleh Ian Iskandar untuk memenangi hati Qistina namun hati wanitanya yang rapuh itu telah membina benteng-benteng yang amat sukar untuk dileburkan hanya dengan kata-kata manis dan janji semata. Kelebihan yang dimiliki Ian Iskandar langsung tidak menggugat imannya namun pujukan ibu kepada Ian Iskandar lama-kelamaan berjaya melembutkan hatinya untuk menerima kehadiran lelaki di dalam hidupnya. bermulalah kisah hidup mereka dalam mencari makna sebenar sebuah cinta dan bagaimanakah akhirnya Qistina dapat kembali untuk menemui keluarganya yang telah membuangnya. Mampukah Qistina melembutkan semula hati ayahnya yang keras itu untuk menerima dirinya semula?

Akan datang di Ultimate Novel Pass