January 12, 2016

"THE YOUNG BRIDE", MENCETUS FENOMENA NOVEL DIGITAL

BY Unknown IN , , , , , , , No comments



Kepada yang baru menjinakkan diri dalam dunia novel, korang tentu sekali tercari-cari akan karya menarik yang mana pertama kali membacanya, mereka akan berasa seperti jalan cerita novel ini amat gempak. Kebanyakan novel di pasaran lebih menjurus ke arah novel-novel yang agak berat dalam jalan penceritaannya jadi tak salah jika sekali sekala kita beralih kepada novel digital pula. Novel digital kebanyakan dipelopori oleh penulis-penulis muda yang mempunyai kebebasan berkarya dalam pelbagai genre. Walau bagaimanapun admin amat tertarik pada karya penulis yang berasal dari Brunei iaitu Anna Sanba. Dan karya beliau yang benar-benar mencetus sebuah fenomena dalam dunia novel digital adalah “The Young Bride”. 

Ternyata naskah hebatnya ini berjaya membuka jalan untuknya menyinar setelah agak beberapa lama berkecimpung dalam dunia penulisan sebagai hobi di masa lapangnya. Novel “The Young Bride” membawa pembaca untuk mengalami sendiri kepahitan perjalanan hidup seorang gadis muda bernama Ira yang berkahwin terlalu awal pada usianya di kala dia belum benar-benar bersedia untuk memahami hakikat sebenar alam perkahwinan. Bagi wanita seusianya, dia sepatutnya mengejar ilmu dan membina cita-cita namun segalanya terpaksa dikuburkan olehnya demi perkahwinannya bersama lelaki bernama Airil. 



Rumahtangga yang disangkanya panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari apabila Ira dengan tidak sengaja menangkap suaminya ketika sedang curang bersama wanita lain di hadapannya. Ira membawa diri dan bertemu pula dengan Adam yang sering membantunya ketika dia sedang menyembuhkan hatinya dari luka. Namun Airil kembali untuk meraih semula cinta Ira untuk kedua kalinya, siapakah yang bakal menjadi pulihan Ira sekaligus menjadi ayah kepada anak yang sedang dikandungnya. Cerita yang sarat dengan emosi dan cinta ini membuatkan pembaca tidak senang duduk malah ternanti-nanti bab yang seterusnya. Garapan Anna yang begitu santai namun masih mengekalkan elemen romantis itu benar-benar menambat jiwa pembaca tegar. 

Boleh dikatakan novel “The Young Bride” ini adalah satu di antara novel yang benar-benar hebat jika diukur dari segi kualitinya. Jalan ceritanya juga boleh dikatakan tidak klise dan cukup menarik selain kebijaksanaan penulis mengolah plot-plot agar kelihatan lebih dramatik sehingga membuatkan pembaca berasa sendiri elemen suspen dan konflik di dalam novel tersebut. Bagi peminat novel tegar, amat rugi jika korang melepaskan peluang membaca karya yang cukup segala rencahnya ini. Tahniah sekali kepada penulis dan untuk yang ingin mengetahui kisah selanjutnya mengenai “The Young Bride” ini anda boleh muat turun aplikasi Novel+ di sini http://get.novelplus.com.my/tracking/rdt?scode=aznorazizul

0 comments:

Post a Comment