April 25, 2016

IN LOVE WITH A FIRST WORD - REVOLUSI PENULISAN BERASASKAN TEMA KPOP

BY Unknown IN , , , , , , , , , , , , , No comments



Dewasa ini , semakin banyak wujud penulisan yang berorientasikan budaya KPop dan tidak kurang juga wujud fanfic yang berleluasa membabitkan kumpulan-kumpulan Kpop terkenal. Namun mampukah ini membantu menaikkan mutu penulisan tempatan yang ketika ini masih lagi di tahap sederhana jika dibandingkan dengan dunia luar. Namun begitu perubahan ini dijangka dapat memberikan suatu perubahan yang baik kepada dunia penulisan kerana memberikan suatu bahan yang segar dan lari dari cerita klise yang kerap kali dihidangkan kepada pembaca.

Admin cukup tertarik dengan novel bercorak antologi cerita-cerita pendek yang dikarang oleh penulis cilik yang boleh dianggap berkaliber iaitu Ayrash Edryanna kerana berjaya menghasilkan set cerita-cerita pendek yang cukup menghiburkan. Walaupun kebanyakan watak-watak yang digunakan di dalam novel ini adalah diadaptasi daripada kumpulan popular Korea, admin yakin bahan yang diolah beliau mampu untuk menarik ramai pembaca muda yang sentiasa inginkan plot yang segar dan sesuatu yang menarik. Tambahan pula, kebanyakan novel Melayu dipasaran sekarang boleh dikatakan agak berat dan meleret dan mungkin sesetengah pembaca muda sukar untuk menghadamnya.

Novel berjudul "In Love With A First Word" ini hanya melibatkan satu tema iaitu cinta dan perasaan namun pelbagai elemen yang menghiburkan turut dipupuk bersama sepanjang penceritaan menyebabkan pembaca turut terhibur dengan gelagat dan kisah cinta antara watak-watak yang terlibat. Sejurus setelah anda mula sahaja membaca mukasurat pertama, admin pasti anda akan tertarik untuk meneruskan pembacaan hingga ke muka terakhir. Ada juga sedikit elemen komedi ringan yang dimuatkan bersama untuk memberi rencah kepada cerita tersebut.

Untuk itu admin amat suka untuk merekomenkan novel ini kepada semua kerana bagi yang ingin lari dari novel Melayu yang agak klise, novel ini amat sesuai kerana sambil anda boleh melayan perasaan dengan kisah cinta penuh melankolik versi Korea ini, anda juga boleh turut sama terhibur sambil bergelak tawa dengan komedi ringan yang disajikan di dalam novel ini. So tunggu apa lagi jom segera install NovelPlus untuk dapatkan kesudahan kisah yang menarik ini, dijamin anda akan berpuas hati dan terus ingin lagi!

April 20, 2016

REVIEW NOVEL: "AKU" MENDEDAHKAN TRAGISNYA HIDUP SEORANG WANITA

BY Unknown IN , , , , , , , , , , , , , No comments



Ramai kata waktu muda adalah masa untuk menempuh segalanya. Merasai asam garam kehidupan itu sudah semestinya, namun adakah kita benar-benar sudah bersedia untuk semua itu? Hidup ini penuh dengan warna dan sekiranya baik warnanya itu maka baiklah hasilnya nanti. Begitu juga anak muda yang diibaratkan seperti kain putih, jika baik caranya dicorakkan maka baiklah hasilnya nanti. Namun godaan dunia luar kadangkala cukup melalaikan insan-insan muda dan kerap juga mereka terjebaak kerana pengaruh rakan sebaya mahupun media sosial.

Inilah kisah yang ingin ditonjolkan sedikit sebanyak dalam novel yang boleh diklasifikasikan sebagai agak menjolok mata ini iaitu "AKU" kerana ia banyak menceritakan kisah pahit seorang gadis muda yang hanya dikenali sebagai Chiqa yang pada usianya yang terlalu muda telah didedahkan dengan dunia jalanan, berpeleseran di lorong-lorong yang menjijikkan sambil melayani kehidupan malamnya yang penuh noda. Baginya ilmu agama tolak tepi yang ada ditangannya hanyalah botol arak dan rokok yang berasap sebagai penemannya di kala sunyi.

Namun kejadian yang tidak disangka-sangka telah menemukannya dengan seorang lelaki yang bergelar Luqman Daniel. Malangnya Luqman Daniel mengambil kesempatan menodai Chiqa hingga ia berterusan menjadi igauan ngeri dalam hidup gadis itu. Perasaan ingin tahu telah menyebabkan Chiqa menurutkan hatinya untuk menjejak lelaki tersebut sehingga mereka dipertemukan kembali dalam keadaan yang tidak disangka-sangka. Namun mampukah mereka mengecapi bahagia apabila kehidupan lampau Chiqa itu kembali menghantui mereka berdua?

Novel "AKU" ini banyak mengajar tentang erti cinta sebenar dan teladan yang meskipun pahit namun punya kebenaran yang tersendiri. Bagaimana lelaki harus menghormati seorang wanita walau apa pun status dan latarbelakangnya. Penulis juga berjaya memberikan pengajaran yang baik kepada semua wanita muda di luar sana agar mereka dapat menjaga diri dan secara tidak langsung mengurangkan lagi kejadian dan kes rogol yang seringkali terjadi dewasa ini. Ikuti selanjutnya kisah yang cukup menyayat hati ini dalam -

April 13, 2016

DUA KISAH MENARIK MELALUI DUA NOVEL HEBAT "THORN" DAN "COLOR"!

BY Unknown IN , , , , , , , , , , , , No comments

Penulis muda masa kini tidak pernah mengecewakan acapkali bila mereka menggungguli bidang penulisan. Nilai kreativiti yang dihasilkan mereka jarang sekali menghampakan pembaca kerana mereka sering tampil dengan karya yang cukup menarik dan kreatif malah terkesan di hati para pembaca keseluruhannya. Ramai juga yang cuba lari dari genre klise namun masih mengekalkan elemen cinta itu kerana terlalu ramai pembaca yang dahagakan kisah-kisah cinta beralaskan realiti, bukannya kisah atas kayangan yang tidak mampu tercapai dek akal. Disajikan dengan watak-watak hero dan heroin yang menambat hati tentu sekali pembaca akan terikut-ikut dengan novel tersebut.

Namun admin amat tertarik dengan kedua-dua novel yang bakal admin ceritakan sebentar sahaja lagi kerana bukan sahaja jalan ceritanya agak menarik tapi kebolehan penulis untuk lari dari elemen klise sebuah kisah cinta. Tidak perlu disajikan dengan cerita yang terlalu jiwang hingga tahap bergula tapi penceritaan yang unik sudah mampu membakar semangat pembaca untuk meneruskan pembacaan sehingga ke mukasurat terakhir. Tidak cukup dengan itu, pengolahan watak yang berjaya dilakukan dengan kemas juga sudah cukup kuat untuk menjadikan sesebuah novel itu digemari kerana memberi kesan yang mendalam pada jiwa pembaca.



THORN

Bukan sekadar kisah cinta biasa, tapi suatu perasaan yang luarbiasa yang berjaya disalurkan oleh penulis Suria November kepada pembaca dengan menyajikan kisah cinta tragis yang dibaluti elemen dendam dan suspen. Bagaimana watak utamanya iaitu Baiduri menerima ketentuan yang begitu perit apabila ahli keluarganya dibunuh satu persatu tanpa belas kasihan dan dia ditinggalkan untuk merungkai misteri di sebalik pembunuhan ahli keluarganya. Kemunculan Farabi pula telah menimbulkan banyak tanda tanya dan sedikit sebanyak mengganggu fokus Baiduri dalam usaha menyelesaikan misteri pembunuhan yang terjadi.



COLOR

Karya unggul hasil garapan penulis musa Sya Sya Ja pula tidak seperti kisah cinta yang lain. Romantis? Benar ia memiliki sudut romantis yang mampu mencairkan hati pembaca yang membaca novel tersebut. Apakah kelainannya? Novel ini memang ada lainnya berbanding novel cinta yang kerap anda baca. Percintaan Ain dan Daniel cukup rumit untuk diperkatakan, begitu juga dengan kemunculan Iqram yang mengidap penyakit kanser. Apakah perkaitan mereka bertiga di dalam cerita ini? Admin tak boleh menjawabnya kerana ada banyak persoalan lain yang terdapat di dalam novel ini yang harus anda selesaikan juga sepanjang membacanya.

Jadi, tak salah jika admin labelkan kedua-dua novel ini sebagai perintis untuk novel yang ingin lari dari klise. Kemungkinan besar novel-novel yang admin komen di atas adalah begitu menepati citarasa anda yang bosan dengan novel cinta yang biasa maka buatlah pilihan yang tepat sekarang dengan install NovelPlus di

April 06, 2016

"CINTAI AKU KERNA CINTA" MEMBERIKAN INSPIRASI KEPADA SEMUA PEMBACA

BY Unknown IN , , , , , , , , , , , 10 comments


Bukan sekali admin dihidangkan dengan kisah sebegini, namun ia seringkali dijadikan cerita kerana ia adalah hakikat sebenar mentaliti masyarakat Melayu kini yang begitu memandang kesempurnaan dan kecantikan semata-mata. Tidak kurang dengan menghulurkan pandangan yang serong, mangsa juga sering menjadi bahan cacian dan lawak jenaka oleh orang di sekeliling tanpa menghiraukan perasaan mereka. Alangkah kasihannya jika perkara itu terjadi kepada mereka yang begitu dekat dengan kita, apatah lagi pada diri kita sendiri. Itulah perkara yang cuba dibongkar oleh penulis muda Eyda Suzeda tentang hakikat tersebut.

Kisah komedi romantis ini, "Cintai Aku Kerna Cinta" merupakan sebuah kisah yang bukan sahaja digarap dengan elemen yang mencuit hati malah secara tidak langsung memberi pengajaran kepada pembaca tentang pentingnya menghargai orang lain walaupun mereka tidak sempurna. Tidak mudah menjalani hidup seperti Mia iaitu gadis berbadan gempal yang melebihi berat sepatutnya ini kerana sering menjadi bahan ketawa orang disekelilingnya. Lawatannya ke klinik tempohari telah benar-benar mengubah hidupnya apabila dia dimalukan oleh seorang lelaki kacak bermulut longkang.

Sejak dari itu, dia berniat dan bertekad untuk menjalani hidup yang lebih sihat, lebih-lebih lagi setelah mendapat sokongan keluarganya dan seorang lelaki yang baru dikenalinya iaitu Adzrel. Rupanya Adzrel adalah kembar kepada Adzwan iaitu lelaki yang pernah menghinanya dahulu. Namun sikap Adzrel yang berbudi bahasa dan baik hati itu telah berjaya menawan hatinya dan akhirnya kini dia sudah mulai menyimpan perasaan terhadap lelaki itu. Sebuah kisah yang cukup memberikan suatu inspirasi positif untuk wanita-wanita di luar sana.

March 21, 2016

5 NOVEL PILIHAN PEMBACA YANG MEMINATI KOMEDI ROMANTIS!

BY Unknown IN , , , , , , , 1 comment



Adakah korang jenis yang meminati novel yang romantis sampai bergula rasanya? Kemungkinan korang adalah daripada ribuan peminat novel yang menginginkan jalan cerita yang berkisarkan kisah cinta yang romantik dan melankolik sehingga mengguris perasaan dan membuai emosi pembaca. Kerana itulah lambakan novel yang dikeluarkan kini lebih terarah kepada kisah-kisah cinta, drama percintaan yang membuai rasa dan paling admin nampak ketika ini begitu banyak novel yang berkisahkan mengenai perihal percintaan muda mudi dan yang kaya dengan yang miskin.

Sempena musim bunga yang sedang menjelma di negara-negara lain, admin nak ketengahkan beberapa novel yang sesuai untuk korang nikmati bersama yang tersayang agar bercambah lagi rasa rindu dan sayang korang setiap hari.

http://get.novelplus.co/?c=jnm444


JODOH KEDAI SEBELAH

Berkisarkan tentang pertemuan antara seorang gadis iaitu Hara yang bekerja di sebuah kedai dan juga Iqbal, yang merupakan pemilik supermarket bersebelahan kedai Hara. Boleh dikatakan pertemuan mereka ini penuh dengan telatah yang mencuit hati. Setiap kali bertemu ada sahaja yang ingin dikenakan ke atas diri masing-masing sehingga tercetus rasa cinta antara mereka.

http://get.novelplus.co/?c=jnm444


AKU DAN MR LUKE

Berkisarkan percintaan antara Luqman dan Ain, seorang adalah bos dan seorang lagi pekerja namun hubungan mereka dilihat lebih seperti sahabat atau musuh ketat, sering sahaja bercakaran jika bertemu. Dapatkah Luqman memenangi hati Ain yang keras itu dan apakah kesudahan hubungan mereka berdua nanti? Ikuti jawapannya di dalam novel yang mencuit hati ini.

http://get.novelplus.co/?c=jnm444


SUAMIKU PEMBULI

Pengalaman lalu telah membuat Aiqish keras hati untuk menyambut salam perkenalan dari mana-mana lelaki yang tidak dikenali. Mana tidaknya, Airil telah memalukannya sehingga satu kampus bercerita mengenainya. Akhirnya mereka dipertemukan sekali lagi atas permainan takdir, namun dapatkah Aiqish memaafkan perbuatan Airil yang lepas dan menerimanya?

http://get.novelplus.co/?c=jnm444


CALL ME MR PENCULIK

Uee merupakan gadis biasa yang berpandangan jauh dan lurus namun menghulurkan pertolongan kepada rakannya ternyata akan mengubah kehidupannya sehingga 360 darjah. Luth pula menculik Uee tanpa mengetahui latar belakangnya maka terjadilah kisah komedi yang romantis antara mereka. Tak sangka dalam hati si penculik pun ada taman yang cukup jiwang kan?

http://get.novelplus.co/?c=jnm444


TERIMA DIA

Untuk yang cukup meminati drama "Suamiku Encik Sotong", ya cerita ini pun boleh dikatakan mempunyai persamaan yang hampir dengan drama tersebut. Pertemuan antara Tihani dan mamat lembut, Saif Amar itu benar-benar menguji kesabaran sang gadis. Namun sikap ingin tahunya menyebabkan dia membuat keputusan yang cukup berani, iaitu melamar Saif Amar sebagai suami.

March 15, 2016

TAK KENAL ERTI PUTUS ASA, USAHA HWANG CHI-YEUL TIDAK SIA-SIA!

BY Unknown IN , , , , , , , , , , , , , No comments



Ramai yang tidak mengenai penyanyi muda yang berasal dari Korea ini iaitu Hwang Chi-yeol. Beliau dilahirkan pada tanggal 3 Disember 1982 di Gumi, Gyeongsang Utara, Korea Selatan. Chi-yeul bermula menglibatkan diri dalam bidang seni pada tahun 2007 yang mana beliau diberi kepercayaan oleh penyanyi lagenda Korea iaitu Yim Jae-Bum untuk melantunkan lagu yang berjudul "Confession" yang menjadi lagu tema kepada sebuah drama popular Korea. Namun begitu begitu nasib tidak menyebelahi beliau apabila ia tidak berjaya menaikkan nama beliau. 

Walaupun beliau telah muncul dalam beberapa program radio dan televisyen yang popular, Chi-yeul terpaksa mengundurkan diri dari dunia glamor apabila syarikat pengurusan yang menguruskan kerjayanya terpaksa ditutup akibat masalah ekonomi dan kewangan. Disebabkan ini, beliau telah menghabiskan usia 20-annya dengan berkerja separuh masa sebagai pelatih vokal di sekolaj-sekolah nyanyian sehingga penghujung tahun 2014. Namun ini tidak meragut semangat beliau untuk meneruskan kerjaya dan minat di dalam bidang hiburan ini.

Sehinggalah tahun 2015, apabila beliau membuat kemunculan di dalam siri realiti televisyen popular Korea terbitan MNet iaitu "I Can See Your Voice" yang dihoskan oleh ahli kumpulan Super Junior iaitu Lee Teuk bersama penyanyi popular Kim Bum Soo dan pengacara Yoon Se-Yeun, ternyata pendedahan beliau di dalam rancangan tersebut telah berjaya menjadi batu loncatan apabila popularitinya turut meningkat naik secara mendadak selepas itu. Keunikan vokal dan personaliti beliau berjaya menambat hati ramai peminat muzik yang turut menyaksikan rancangan tersebut.

Ternyata kemunculannya itu menjadi titik tolak kepada kejayaan berikutnya apabila beliau diundang untuk bertanding di dalam siri realiti Korea iaitu "Immortal Songs" dan juga siri realiti dari China, "I Am A Singer". Kisah beliau sangat menginspirasikan ramai orang kerana sikap beliau yang tidak pernah berputus asa itu memberikan suntikan semangat untuk mereka yang lain untuk turut sama menggandakan usaha untuk mencapai apa yang dicita-citakan. So mungkin juga korang boleh jadikan cerita Hwang Chi-yeul ini sebagai ilham untuk novel korang akan datang mungkin?

March 06, 2016

"AMELIA", KISAH CINTA YANG TAK TERCAPAI AKAL

BY Unknown IN , , , , , , , , , , No comments



Hi semua,

Selamat kembali bertugas pada hari Isnin yang ceria ini. Tentu sekali novelicious semua merindukan celoteh admin yang selama ini sering menemani anda ketika suka mahupun duka. Bak kata pepatah, yang jauh berbau bunga dan yang dekat pula berbau tahi. Okeylah kita start dengan lembaran baru mulai pagi Isnin yang ceria ini. Apa lagi novel yang korang masih belum sempat baca di NovelPlus? Korang boleh share dengan admin so nanti bolehlah admin rekomenkan dekat korang apa-apa novel yang bersesuaian dengan kehendak dan citarasa korang. Sebab Februari ini menyaksikan begitu banyak novel-novel baru yang membanjiri.

Namun ada satu novel yang berjaya menarik perhatian admin ketika ini walaupun ia bukanlah sehebat mana pun tetapi ia mempunyai keunikan yang tersendiri dari segi penceritaan yang santai dan selamba selain memberikan impak kepada pembaca yang membaca novel tersebut. Ya, admin sedang bercerita mengenai penulis baru yang hadir dengan beberapa novel yang cukup menarik iaitu Mikael Sahaja. Novel yang dihasilkannya ini iaitu "Amelia" merupakan novel yang cukup sarkastik. Sesuatu korang tidak akan jumpa dalam mana-mana novel mainstream di pasaran kini. Cara penulisan beliau yang cukup selamba ini mudah menarik minat pembaca muda untuk mengikuti ceritanya.

"Amelia" adalah sebuah kisah cinta yang tak tercapai oleh akal korang. Ia bukanlah semanis novel-novel romantik yang membanjiri pasaran kini malah sangat berlainan daripada tipikal novel-novel melayu. Cukuplah jika admin katakan ceritanya yang hanya berkisarkan percubaan seorang lelaki untuk memikat wanita yang disukainya telah bertukar menjadi suatu penerokaan dan jenaka. Segala percubaan yang digunakan si jenaka untuk memikat gadis pujaannya itu digambarkan dengan cukup elemen jenaka dan sarkastik. Jika korang ingin membaca novel ini dengan segera bolehlah muat turun di