February 23, 2016

TIPS SEBELUM MULA MENULIS NOVEL

BY Unknown IN , , , , , , , , , , , 3 comments


Mungkin korang pernah mengalami pengalaman ketika memulakan langkah di dalam bidang penulisan ini. Pada mulanya, korang menyangka perjalanan seorang penulis itu sangat mudah, jika tahu menulis tentulah lebih mudah kariernya namun segalanya tidak seindah yang disangka.  Kadangkala penuliis mengambil lebih kurang beberapa bulan hanya untuk menyiapkan sebuah manuskrip. Banyak rintangan dan halangan lain yang perlu korang hadapi sebelum berjaya di dalam dunia penulisan. Soal manuskrip itu direject tak perlu dipersoalkan lagi kerana sudah menjadi lumrah hidup penulis untuk dikritik dan dihentam oleh penyunting syarikat penerbitan.

Namun jangan biarkan perkara tersebut mematahkan semangat korang yang mula ingin menggiatkan diri di dalam dunia penulisan. Tiada karier yang perjalanannya mudah kerana setiap kejayaan itu dikecapi setelah berhempas pulas mengharungi onak dan ranjau sepanjang jalan. Biarkan dikritik dan dihentam berkali-kali, teruslah berdiri dan jadikan setiap kritikan itu sebagai pembakar semengat untuk terus berjaya dan mengejar cita-cita yang tertangguh. Sematkan di dalam hati korang bahawa korang ingin mencapai misi untuk menghasilkan karya bermutu yang akan dikenang oleh pembaca setiap masa walaupun bila korang dah tiada lagi nanti.

Berikut adalah beberapa tips untuk penulis baru yang ingin memulakan langkah di dalam bidang penulisan semoga berguna di masa akan datang. Tips-tips ini juga barangkali boleh digunakan untuk mereka yang sudah lama menulis namun hasil tulisan telah ditolak dan dikritik berkali-kali, usah gentar dan jangan menyerah kalah. Cuba lagi dan perbaiki setiap kelemahan yang ada kerana disebalik setiap kegagalan itu pasti ada kejayaan yang bakal mengiringi.

1 - TETAPKAN GENRE

Walau apapun tujuan kamu menulis, tetapkan dahulu genre yang ingin kamu tulis. Adakah kamu selesa dengan genre yang kamu pilih? Cuba imbas semula genre apa yang selalu kamu pilih untuk membaca. Ketika kami berangan-angan untuk membina plot cerita tersebut, apakah genre yang sedang bermain di fikiran kamu ketika itu. Jika kamu sudah membuat keputusan, maka teruskan menulis berorientasikan genre yang dipilih dan cuba kekalkan hala tuju penulisan anda dalam genre tersebut.

2 - FIKIRKAN JALAN CERITA

Ketika kamu mula menulis, sudahkah kamu tetapkan jalan cerita yang ingin kamu sampaikan. Plot yang kukuh mampu membantu perjalanan sesebuah novel itu dengan lancar. Jika kamu sudah menetapkan plot, maka ketika itu kamu perlu memikirkan hala tuju jalan cerita tersebut. Adakah jalan cerita kamu ini berkesudahan "happy ending" atau mempunyai "plot twist". Jika anda kurang pasti dan sangsi maka cuba elakkan menggunakan 'plot twist" kerana bimbang cerita anda tak kesampaian.

3 - PEMILIHAN WATAK

Ringkaskan pemilihan watak dalam novel anda. Kurangkan atak-watak sampingan yang tidak penting kerana bimbang akan mencacatkan perjalanan cerita tersebut. Tetapkan hala tuju watak tersebut dan kekalkan momentum mereka. Jangan cuba timbulkan konflik-konflik lain yang boleh mencelarukan watak utama. Jadikan watak utama anda seringkas yang mungkin bagi memudahkan pembaca anda menghadam novel anda dengan baik. 

4 - PEMBINAAN KLIMAKS

Bahagian klimaks selalunya akan terjadi pada pertengahan sesebuah cerita. Cerita tanpa klimaks adalah seperti secawan kopi pahit tanpa gula, maka kehadiran klimaks adalah perlu untuk menghidupkan sesebuah cerita. Pada bahagian ini pembaca akan ternanti-nanti akan kesudahan sesebuah cerita. Tanpa klimaks perjalanan sesebuah cerita akan menjadi mendatar tanpa disusuli adegan kemuncak yang menjadi pemanas kepada plot sesebuah novel.

3 comments:

  1. Assalamualaikum...
    Saya menulis novel tapi belum yakin untuk menghantar dan saya belum dapat tajuk yang sesuai dengan cerita saya ni...boleh admin kongsikan macamana nak cari tajuk yang sesuai...

    ReplyDelete
  2. Tajuk itu terpulang kepada saudari dan seboleh-bolehnya pilih tajuk catchy dan gerenti laku untuk novel saudari. Jangan terlalu taksub pada tajuk seperti Suami, Isteri,Cinta kerana terlalu klise. Berikan yang ada kelainan.

    ReplyDelete
  3. saya ingin mula menulis tentang kehidupan saya yg amat dirasakan tidak pernah dilalui oleh sesiapa pun....cuma tidak tahu bagaimana nak memulakan penulisan ini,

    ReplyDelete