October 06, 2015

FENOMENA TRENDING DALAM DUNIA PENULISAN

BY Unknown No comments




Korang suka tak membaca novel ke ataupun cerpen? Kalau betul, karya mana yang menjadi pilihan korang? Adakah korang akan lebih cenderung kepada karya-karya tempatan atau korang berasa karya daripada Barat lebih hebat? Di sini kita nak cubalah kupas sedikit berkenaan dunia penulisan terutama sekali genre-genre yang menjadi pilihan pembaca sekitar tahun 2014 dan 2015. Kerancakan dalam penghasilan karya novel tempatan boleh kita lihat pada sekitar awal 2014 di mana banyak drama yang diadaptasi dari novel-novel keluaran tempatan membanjiri televisyen. Berikut adalah beberapa genre yang korang mesti perasan setiap kali karya dihasilkan



KAHWIN PAKSA
Kalau korang peminat novel Melayu, genre ini memang korang dah boleh ‘expect’ daripada penulis-penulis tempatan yang mana karya mereka lebih menjurus kearah romantik. Bukan setakat satu dua novel yang diperhatikan menjadikan tema kahwin paksa sebagai sajian utama malah dah berlambak novel di pasaran turut membawakan tema yang hamper sama namun mungkin pendekatan yang diberikan agak berbeza sedikit.


JUAL MAHAL
Kalau kes jual mahal ini memang korang akan kerap jumpa dalam setiap karya novelis tempatan. Betullah ikut adab sopan Melayu, si heroin memanglah perlu jual mahal Cuma ada ketikanya jual mahal itu tak bertempat menyebabkan pembaca kadangkala ‘annoy’ dengan cara garapan penulis tersebut. Contohnya sekarang ini kalau korang baca mana-mana sahaja buku novel di pasaran memang tak sah kalau watak utama wanitanya itu jual mahal pada hero. Nanti ada juga lelaki yang sakit hati bila membacanya bukan?


KES ROGOL
Okey bahagian ini memang agak sensitive sikit tapi pada pengamatan penulis, kebanyakan pertengahan cerita di dalam novel dalam proses menuju ke bahagian klimaks tentu sekali akan ada adegan di mana heroin dirogol samada oleh musuh hero ataupun atau watak hero kedua dalam novel tersebut. Ini sudah menjadi seperti kebiasaan kalau korang memang jenis peminat novel yang tegar semestinya korang akan perasaan penggunaan adegan ini yang dikatakan untuk membina klimaks sebelum ke klimaks yang sebenarnya.



HEROIN MINTA PUTUS
Kalau tiada bahagian yang mana cinta tak kesampaian itu maka memang tidak lengkaplah novel tersebut. Bahagian ini sememangnya bakal membuatkan pembaca-pembaca tegar di luar sana menangis bagai nak rak hanya kerana watak heroin terpaksa meninggalkan hero atas alasan tertentu. Selalunya kejadian ini akan berlaku selepas klimaks pertama dalam sesebuah novel untuk memberikan unsur suspen kepada pembaca yang kemudiannya akan bertukar kepada sakit hati. Kebanyakan novel menerapkan unsur sedemikian untuk memberikan lebih peluang kepada mereka untuk mengembangkan plot.

0 comments:

Post a Comment