February 25, 2016

TERBARU FEBRUARY 2016 - "12 BULAN MENCIPTA CINTA"

BY Unknown IN , , , , , , , , , , , No comments



Baiklah dah hampir beberapa bulan admin tak update pasal cerita terbaru dan juga novel terbaru kini admin terpandang sebuah novel baru yang boleh dikatakan cukup segala rencah dan ragamnya. Dalam penghasilan sesebuah manuskrip yang bermutu, semua itu perlu ditangani dengan cemerlang bagi menghasilkan sebuah karya yang bermutu di penghujungnya. Ini kerana sesebuah karya itu akan dikenang sepanjang zaman walaupun ketika itu penulis itu sudah tiada lagi. Baiklah kali ini admin ingin bercerita mengenai novel terbaru yang sedang hot dan semakin mendapat tempat di hati pembaca iaitu "12 BULAN MENCIPTA CINTA".

"12 BULAN MENCIPTA CINTA" ini adalah hasil nukilan penulis muda yang berbakat besar namun belum pernah dicungkil bakatnya oleh mana-mana penerbit iaitu Elmyra Almy. Penulis yang cukup muda namun memiliki bakat luarbiasa dalam dunia penulisan ini hadiir dengan karya yang cukup memukau, mempertaruhkan genre cinta sebagai tema utama novelnya ini. Dengan lambakan novel-novel cinta di pasaran namun berbekalkan keberanian dan kesabaran, Elmyra tetap ingin menerbitkan karya bercorak sedemikian agar nanti dia mampu duduk sama taraf dengan penulis-penulis lain yang sama berkaliber.

Pertaruhan Elmyra ini menampilkan kisah cinta yang agak berat dan kemungkinan juga mempunyai persamaan dengan sebuah lagi cerita yang turut menampilkan konsep plot yang hampir sama namun admin rasa kemungkinan korang takkan perasan sebab ia adalah dari filem Hindustan lama. Mengisarkan tentang Afifah yang terpaksa redha apabila dipaksa bernikah dengan Faris yang sebenarnya merupakan teman lelaki kepada kembarnya iaitu Afiyah. Pada malam perkahwinan mereka, Afiyah melarikan diri bersama lelaki lain dan Afifah terpaksa menggantikan tempat kembarnya demi menutup aib keluarganya.

Penerimaan Faris yang dingin terhadap Afifah sebagai isterinya sedikit sebanyak menimbulkan perasaan sedih kepada pembaca yang mengikuti kisah ini. Bagaimana agaknya dengan Afiyah, adakah dia akan kembali semula ke pangkuan keluarganya? Adakah kembalinya nanti untuk merampas haknya? Bagaimanakah pula akhirnya perhubungan antara Afifah dan Faris, bisakah hubungan mereka kembali jernih dan cinta tersemai antara mereka? Atau akan adakah lagi dugaan yang datang melanda yang cuba untuk memisahkan mereka? Untuk ketahui jawapannya mesti baca novel ni, cukup menarik dan punya pengajaran yang berharga untuk kita teladani bersama.

0 comments:

Post a Comment