Mesti korang pernah baca atau menonton drama televisyen yang berjudul "Suamiku Encik Sotong" kan? Kalau pernah, karya yang lagi satu ini pun tidak kurang hebatnya. Masih mengekalkan plot yang sama dan tema yang sama juga seperti "Suamiku Encik Sotong", karya hasil nukilan Teh Hijau ini juga yang diberi tajuk "Terima Dia" ini juga berkisarkan tentang perkenalan seorang gadis happy-go-lucky bersama seorang lelaki lembut. Benarlah kata orang, tak kenal maka tak cinta jadi pertemuan pertama kali Tihani dan Saif telah menimbulkan banyak konflik.
Mana tidaknya, si Saif ni dengan jalannya yang lenggang lenggok mengalahkan Miss Universe dan pakaiannya yang aduhai...serba pink warnanya. Gerak gerinya yang lembut itu mengundang perasaan kurang senang pada Tihani yang menganggap Saif ini lelaki yang sangat pelik. Namun pertemuan demi pertemuan akhirnya berjaya melembutkan hati mereka berdua hingga menjadi sebuah persahabatan yang tiada tara nilainya. Tidak cukup dengan itu, Tihani pula mengajukan soalan yang boleh bikin Saif koma di hospital sebaik sahaja mendengarnya.
Saif seperti tak percaya apabila Tihani melamar dirinya. Mungkin dunia dah terbalik agaknya hingga si dara terpaksa melamar si teruna. Apakah kesudahan kisah mereka ini? Dapatkah mereka melangsungkan perkahwinan mereka tanpa sebarang halangan. Adakah Tihani benar-benar bersungguh dengan rancangannya ataupun menyimpan motif tersendiri di dalam diam. Percintaan dua insan berbeza, ikuti kesudahannya dalam novel yang mencuit hati dan romantis hasil karya Teh Hijau, "Terima Dia"!
0 comments:
Post a Comment