Kalau anda perasan, trend terkini yang pada mulanya dikatakan agak ganjil mula mendapat tempat di hati pengguna kerana keaslian rekaannya. Pengaruh penularan fesyen yang bertapak dari luar Malaysia seperti Brunei, Indonesia, Thailand dan Timur Tengah telah dipraktikkan dalam penghasilan baju melayu dan juga jubah moden seperti yang dapat anda saksikan di bawah ini:
1. JUBAH SUIT MODEN
Jika diamati jubah moden ini kelihatan seperti suit peguam yang belum siap. Namun keunikan pada ciri - ciri estetiknya itu termasuk rekaan yang berasaskan dunia korporat telah menyebabkan trend ini semakin disukai. Terdapat dalam dua bentuk iaitu lengan panjang dan lengan pendek.
2. JUBAH MINI + SELUAR PARAS LUTUT
Trend terbaru ini mengimbau kita ke zaman 50-an di mana kaum lelaki ketika itu kebanyakannya memakai seluar seperti ini. Agak sesuai kalau dipakai ketika meredah sawah padi di kampung dan kekal 'macho' sentiasa.
3. BAJU MELAYU 'UBER'
Lihat sahaja stail 'uber' yang baru sahaja memasuki pasaran. Dari jauh seperti kemeja - t yang biasa dipakai umum namun diselitkan sedikit unsur - unsur kemelayuan melalui sulamannya.
4. BAJU MELAYU 'HIPSTER'
Baju melayu 'hipster' ini dikatakan mengikut potongan bentuk badan di pemakai dan memperlihatkan susuk tubuh mereka jadi berhati - hatilah ketika memilih saiz agar tidak terlihat aset - aset tubuh yang anda tidak ingini.
5. MODEN 'RAINBOW'
Memandangkan musim perayaan berada di antara peralihan musim panas dan luruh maka warna terang dan dingin digunakan untuk menghasilkan busana yang anggun dan selesa untuk diperagakan walau di mana jua.
6. JUBAH MAXI 'LACED'
Dengan potongan ringkas berasaskan gaun labuh, ramai wanita tertarik untuk mengenakan maxi dress kerana ia mudah digayakan samada dengan tudung dan juga sesuai diperagakan ketika pelbagai majlis dan untuk ke pejabat.
7. KURUNG 'SATIN'
Penampilan yang anggun dan keaslian jati bangsa diterapkan di dalam setiap rekaan kurung moden yang cukup ringkas dan feminin berlandaskan ciri - ciri keunikan Melayu jelas kelihatan pada sulaman dan fabrik yang dipilih.
Salam Hari Raya dari Warga Novel+.......
Sambil menanti
ketibaan tetamu di hari raya, isikan masa anda dengan pilihan novel percuma tanpa had
dari Novel+........
0 comments:
Post a Comment