August 31, 2015

7 LOKASI MAKAN MALAM YANG MEMANG ROMANTIK GILER!

BY Unknown IN , , , , , , , , , , , No comments



Selalunya kalau malam minggu, pasangan kekasih dan yang baru berkahwin akan memilih untuk makan malam di luar sambal menikmati suasana yang romantik bersama pasangan. Terpulang kepada individu, ada yang lebih suka dengan suasana yang dekat dengan alam semulajadi dan ada juga yang memilih untuk menikmati pemandangan kota metropolitan yang elegan dan menarik untuk dinikmati pada waktu malam. Sekali sekala apa salahnya kan? Ala..bukannya selalu pun korang dapat berdua-duaan macam ni kan?


Gabungan elemen Burma dan Thailand yang disatukan dalam satu seni rekaan yang kreatif menghidupkan suasana romantik buat pasangan yang sedang bercinta. Dengan menu-menu menarik berasaskan bahan terbaik dari dua negara tersebut, citarasa Asia yang cukup sempurna pasti akan membangkitkan deria rasa mereka yang sedang bercinta. Sekali sekala belanja orang yang kita sayang tak luak pun. Entrance sahaja korang boleh rasa suasana yang ‘lovey-dovey’ gitu.

Alamat: 19 Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur City Center, Kuala Lumpur, Kuala Lumpur, Malaysia



Pemandangan yang cukup indah buat pasangan bercinta yang inginkan suasana kota, Gobo adalah tempat yang sesuai untuk anda kunjungi. Buat mereka yang pertama kali berkunjung ke sini, jangan lepaskan peluang untuk merasai servis dan layanan restoran ini yang direkomenkan oleh orang ramai kerana sangat bagus. Sesuai bukan untuk pasangan bercinta? Dapat tengok bangunan-bangunan dekat area KLCC lagi!

Alamat: Traders Hotel, Kuala Lumpur (Kuala Lumpur City Centre), Kuala Lumpur City Center, 50088 Kuala Lumpur, Wilayah Perseketuan, Malaysia



Kalau pertama kali menjejakkan kaki ke lokasi ini, korang akan berasa seperti dalam alam cerita dongeng. Kalau anda biasa dengan cerita Inggeris seperti ‘Sense & Sensibility’ pasti anda dapat merasakan suasana tersebut sebaik sahaja anda berada di dalam restoran ini. Rekaan seni rias ala Inggeris yang cukup elegan menyerlahkan lagi elemen cinta di dalamnya. Amat sesuai untuk pasangan yang memang dah lama mengidam nak pergi ke luar negara tapi tak dapat-dapat, sini pun dah cukup!

Alamat: 175, Jalan Maharajalela, 50150 Kuala Lumpur, Kuala Lumpur, Malaysia



Telenovela sudah menjadi kegilaan di Malaysia semenjak dari tahun 2000 dan ia terus diabadikan melalui rekaan dalaman di Villa Danieli, restoran mewah yang diinspirasikan dari elemen Latin dan Sepanyol. Daripada hiasan dalaman hingga ke bahan-bahan yang digunakan di dalam restoran tersebut segalanya bercirikan Amerika Latin. Terasa seperti sedang berlakon dalam siri telenovela pula kan, feelingnyer gitu.

Alamat: Sheraton Imperial Kuala Lumpur, 50250 Kuala Lumpur, Kuala Lumpur, Malaysia



Mempunyai ciri-ciri rekaan Latin juga pada setiap sudut di dalam restoran tersebut. Selain itu elemen Italy dan Greece yang agak berat juga boleh dilihat pada seni hiasan dalamannya seperti potret ikan duyung yang tergantung pada dinding utama restoran tersebut. Jika pasangan anda andalah penggemar makanan seperti Pizza dan kek tiramisu, bolehlah sekali sekala meluangkan masa untuk berkunjung ke sini kerana dua menu tersebut memang ‘hit’ dekat sini.

Alamat: 20A, Jalan Kampung Pandan (off Jln. Tun Razak), 55100 Kuala Lumpur, Kuala Lumpur, Malaysia



Untuk yang mencari kelainan dalam meluangkan masa bersama yang tersayang, Subak Restoran mungkin adalah pilihan yang tepat. Selain berlatar belakangkan alam semulajadi, Subak menjanjikan suatu kelainan dalam konsep rekabentuk restoran yang agak tenang dan bercirikan taman mini semulajadi. Untuk yang menginginkan suasana yang jauh dari hiruk pikuk di kota, Subak merupakan pilihan yang baik. Dengar kata, menu-menu yang disediakan cukup ‘ummphhh’!

Alamat: Lot 3213 Jalan Penchala Indah, Bukit Lanjan, 60000 Kuala Lumpur, Kuala Lumpur, Malaysia



Seperti dijangkakan, memang kelas kalau masuk di restoran ini! Ciri-ciri hiasan dalaman yang diinspirasikan dari rekabentuk resort pusat-pusat peranginan terkemuka benar-benar menggamit suasana syahdu buat pasangan bercinta. Apatah lagi dengan cahaya suram yang menyirami ruang makan anda, memang layan habislah. Susur masuk yang dihiasi dengan buluh-buluh cukup memukau sesiapa sahaja yang bertandang ke sana.

Alamat: 75 Jalan Mamanda 3, 68000 Ampang, Selangor, Malaysia

Salam Kemerdekaan dari Warga Novel+.......
Jalur gemilang sedia berkibar, isikan masa anda dengan pilihan novel percuma tanpa had dari Novel+........

 

0 comments:

Post a Comment