Panduan Berguna Untuk Menulis Novel Fiksyen
- Jangan mulakan penceritaan dengan cuaca – Kalau ia sekadar untuk cipta atmosfera dan bukan rekasi watak pada cuaca, jangan bazirkan dan perah otak anda kerana pembaca mahu fokus pada watak/karekter bukan baca ramalan cuaca!
- Elakkan Prolog – Prolog berlebihan atau berulang boleh jadi annoying, lebih-lebih lagi prolog selepas prakata/pendahuluan.
- Jangan gunakan kata kerja selain dari “katanya”, “ujarnya”, untuk menyambung dialog. Ayat dalam dialog adalah milik karekter, kata kerja pula adalah idea tambahan penulis bagi menunjukkan perlakuan yang diinginkan oleh penulis dan adakalanya ia mengganggu penceritaan sekiranya digunakan dengan perkataan sukar difahami.
- Kawal penggunaan tanda seru – Anda hanya dibenarkan untuk menggunakan tanda seru tidak lebih dari dua atau tiga per 100,000 perkataan dalam prosa.
- Jangan guna perkataan ‘tiba-tiba’ atau perkataan ekspresi yang sewaktu dengannya. Peraturan ini tidak ada sebarang penjelasan tetapi jika sering digunakan maka anda secara automatic tak dapat kawal penggunaan tanda seru.
- Guna dialek daerah atau serantau secara minima. Sebaik saja anda memulakan dialog dalam dialek dan disertakan dengan koma atas/apostrophes, percayalah mesti susah nak stop.
- Elakkan gambaran terperinci tentang karekter, beri kebebasan pada pembaca imaginasi karekter ciptaan ada dengan fantasi mereka sendiri.
- Jangan teruja sangat dalam memberi gambaran secara terpecinci mengenai tempat atau sesuatu benda melainkan anda adalah Margaret Atwood yang bijak menterjemahkan panorama indah ke dalam tulisan. Anda pastinya tak input tersebut akan menjadikan aksi, jalan cerita bertukar terhenti begitu saja.
Contoh ayat mudah difahami: “Iris bingkas
bangun dari tidur dan capai roti dari beg plastik pasaraya hero
bewarna putih merah bersaiz sederhana.” Sekarang dah faham kan?
Ok sekarang cepat klik link ni dan muat turun aplikasi kami di sini:
http://bit.ly/1KMtDZy
Ok sekarang cepat klik link ni dan muat turun aplikasi kami di sini:
http://bit.ly/1KMtDZy
0 comments:
Post a Comment