Semua orang ditakdirkan berbeza antara satu dengan
yang lain. Namun dalam perbezaan itu, akan ada yang saling tertarik antara satu
dengan yang lain. Novel OPPOSITE ATTRACTION ini boleh dikatakan menampilkan
tema yang hampir serupa dengan kebanyakan cerita namun kami agak tertarik
dengan cara jalan cerita tersebut diolah sehingga menjadi begitu indah. Tahniah
sekali lagi kepada penulis berkaliber Jat yang berjaya tampil dengan naskah
yang cukup ringkas tapi padat dengan kisah cinta yang cukup santai namun masih
mengekalkan elemen romantis. Kisah romantiknya juga tidak disajikan dengan
adegan yang keterlaluan dan amat sesuai dibaca untuk mereka yang ketika ini
sedang dilamun cinta.
Berkisarkan tentang Atia Hanan seoorang pelajar
sekolah menengah yang pendiam sering diusik oleh seorang pelajar lelaki yang
nakal di sekolah tersebut Aliff Izwan. Aliff Izwan meminati Atia semenjak mula
lagi dan dia berusaha sedaya upaya untuk menawan perasaan gadis itu dengan
pelbagai cara. Aliff juga menjadi begitu prihatin dengan keadaan Atia sehingga
pada suatu hari ketika Atia sedang sakit, Aliff sendiri datang ke rumahnya untuk
menghantarkan ubat. Hingga sejauh itu yang mampu dilakukannya terhadap Atia.
Namun Atia masih berkeras hati dan enggan menerima cinta yang dihulurkan oleh
Aliff sehinggalah Aliff pergi meninggalkannya.
Ternyata pemergian Aliff memberikan suatu kesan
yang besar terhadap Atia sehingga saban hari Atia berendam air mata. Dapatkah
Atia kembali bersama Aliff dan adakah kali ini tembok keegoan Atia dapat
dirobohkan oleh Aliff setelah sekian lama meninggalkan Atia sendirian? Saksikan
bagaimana kesudahan perhubungan antara kedua mempelai ini dan bagaimana mereka
mengharungi pelbagai dugaan untuk bersama. Novel yang begitu padat dengan drama
percintaan namun digarap secara santai untuk memudahkan pembaca mencerna dan
menghadam idea tersebut. Untuk mengikuti kisah selanjutnya dari novel OPPOSITEATTRACTION ini korang boleh mendapatkannya dengan memuat turun aplikasi
NovelPlus di
0 comments:
Post a Comment