January 25, 2016

BAYANG BAYANG, MENGAJAR ERTI CINTA SEBENAR

BY Unknown IN , , , , , , , , , , No comments


Ramai orang kata cinta itu tak selalunya indah. Benar namun itu bukanlah sebabnya mengapa kita harus mengundurkan diri dari cuba merasakan nikmat sebuah cinta. Kita sudah banyak kali disajikan dengan novel-novel yang berkonsep sedemikian dan kali ini melalui naskah “Bayang Bayang” yang digarap dengan cemerlang oleh Jat berjaya untuk mengajak kita untuk melangkah sama mengembara dalam mencari erti sebuah cinta. Berkisarkan tentang cinta yang dipendam dan pengorbanan demi mempertahankan sebuah cinta sejati, menjadikan “Bayang Bayang” sebuah naskah yang perlu dibaca oleh setiap peringkat umur. Ia bukan sekadar kisah cinta kosong semata-mata malah ia cuba tampil dengan kelainan tersendiri

Dinie Sophea, seorang wanita berkerjaya yang baru mengenal erti cinta bersama seorang lelaki yang seringkali menimbulkan debar di dada Dinie iaitu Naqib. Perkenalan pertama itu telah membuahkan bibit-bibit cinta sehingga akhirnya terasa seperti kebahagiaan mulai menerjah ke setiap ruangan hati mereka. Setelah berkahwin, Dinie diuji kesetiaannya apabila suami tercinta menghidapi penyakit yang menyebabkan dia tidak berupaya untuk bertutur dengan jelas. Dengan keyakinan yang tinggi terhadap takdir yang Maha Kuasa dan rasa cinta yang mendalam tiada berbelah bagi terhadap Naqib, Dinie sentiasa di sisi suami sehingga dia pulih.

Ini menunjukkan bukti ada kasih sayang yang benar-benar hebat dan mampu mengalahkan segala cinta di dunia. Kepercayaan sejati terhadap takdir dan pasangan memberikan gambaran luar biasa sebuah cinta yang tidak hanya berlandaskan nafsu semata-mata malah mempertimbangkan lebih daripada perkara tersebut. Novel hasil nukilan Jat ini benar-benar memberikan sebuah pengajaran yang cukup bererti untuk semua pasangan di luar sana yang sedang ingin mengenali erti cinta sebenar. Kisah ini mengajar kita untuk menerima pasangan kita seadanya dan memberi dengan sepenuh rela demi kebahagiaan masing-masing. Untuk mendapatkan naskah ini anda boleh memuat turun aplikasi Novel+ dengan segera di


0 comments:

Post a Comment