Apabila dendam diselubungi cinta, mampukah kesumat lama dipadamkan dengan hanya lafaz cinta sejati? Penulis September telah mempertaruhkan karya sulungnya iaitu SUMPAHAN COKLAT dengan mengetengahkan tema percintaan dan persahabatan sebagai keutamaan di dalam cerita ini. Naskah yang sarat dengan kisah dendam dan penderitaan ini membawa pembaca untuk terbang ke zaman dan koloni yang diciptakan sendiri oleh penulis. Namun cara penulis menerangkan latar belakang cerita memberi sedikit idea dan membawa pembaca untuk menjelajah ke suatu alam yang berada di antara dunia fantasi dan realiti.
Ternyata pertaruhan penulis berjaya dan segalanya seakan-akan benar-benar terjadi.
Selwynn merupakan lelaki yang menguruskan cafetaria yang menghidangkasn coklat. Minatnya yang mendalam terhadap coklat itu bermula sejak kecil lagi ketika dia berkeinginan untuk memasuki pertandingan memasak coklat dan sekaligus ingin membuka kedai coklatnya sendiri. Monica pula adalah wanita yang zaman kecilnya sering dihimpit oleh penderitaan kerana dia adalah anak kepada wanita yang disyaki sebagai ahli sihir, maka dia dipulaukan oleh masyarakat terutamanya kanak-kanak di rumah anak yatim tempat dia menetap ketika masa kecilnya.
Selwynn menyimpan kebencian yang amat mendalam kepada ahli sihir kerana telah menyebabkan keluarga terkorban ketika perang untuk memerangi makhluk tersebut.
Malangnya Selwynn dan Monica sama-sama tinggal di rumah anak yatim yang sama dan telah menyebabkan Selwynn begitu membenci Monica. Pada fikirannya, tentu sahaja Monica bakal membesar menjadi ahli sihir yang jahat dan dia tentu akan berusaha merosakkan impian kanak-kanak lain. Malangnya tanggapan Selwynn meleset sama sekali. Namun suatu kejadian yang tidak diingini berlaku ketika pertandingan coklat itu sehingga kebencian Selwynn memuncak terhadap Monica dan merreka terpisah.
Segalanya angkara Freda si ahli sihir yang tidak ingin membiarkan kemenangan berpihak pada Selwynn dan Monica. Apakah yang bakal terjadi kepada mereka berdua? Dapatkah Selwynn kembali merebut semula hati Monica yang telah padam untuk selama-lamanya?
Buat pertama kalinya, sebuah naskah yang agak ringan pada mulanya namun semakin memuncak konflik dalam setiap bab yang seterusnya, menggabungkan unsur suspen, drama, cinta dan fantasi di mana semuanya bergaul menjadi satu. Pembaca akan semakin tidak sabar untuk mengetahui kesudahan cerita ini sebaik sahaja tiba di pertengahan cerita. Watak Monica dan Selwynn juga berjaya digarap oleh penulis dengan begitu baik sekali sehingga pembaca dapat merasakan konflik dalaman yang dialami oleh kedua-dua mereka.
Pembaca akan dapat mengikuti kisah percintaan antara Selwynn dan Monica yang penuh dengan dugaan dan sekaligus menikmati jalan cerita yang cukup berlainan daripada novel bergenre cinta yang lain.Ingin membaca kisah sepenuhnya? Muat tuurun aplikasi NovelPlus dengan segera di
0 comments:
Post a Comment