January 20, 2016

5 NOVEL YANG BAKAL MEMBERI KESAN BUAT PEMBACA

BY Unknown IN , , , , , , , , , , , No comments

Semakin banyak novel yang membanjiri pasaran ketika ini dan permintaan untuk novel-novel digital juga boleh dikatakan sangat tinggi ketika ini kerana melalui novel digital, kos dapat dikurangkan dan novel digital juga kadangkala dapat dibaca dengan percuma. Ramai juga yang menganggap novel digital kerap hadir dengan bahan bacaan yang lebih berkualiti dan santai untuk pembaca. Mungkin penonton sudah agak muak dengan tema percintaan yang sering disajikan melalui novel-novel fizikal yang berada di pasaran dan inginkan kelainan. Jawapan mereka didapati melalui kehadiran novel-novel digital yang sering lari dari tema mainstream dan ini memberikan lebih pilihan buat pembaca terutama remaja untuk mendapatkan bahan bacaan yang pelbagai dan bermutu. Dapatkan koleksi novel terkini hanya di http://get.novelplus.co/?c=jnm444


KENAPA AKU

Walaupun agak baru diterbitkan dalam versi digital, novel hasil nukilan penulis muda berbakat yang baru ingin membina tapak dalam dunia penulisan, Adriana mengetengahkan tema kekeluargaan yang amat berat dan sarat dengan mesej kasih sayang. Mengisahkan tentang Rina yang menderita setelah ditinggalkan bersama ibu dan abang tirinya. Novel ini mengajar erti kesabaran, ketabahan dan pengorbanan seorang anak demi kebahagiaan keluarganya.


LOKET ZINNIA

Karya popular hasil nukilan penulis yang agak lama bertapak di bidang penulisan ini iaitu Ayumi Syafiqah ini pula mengetengahkan tema percintaan dan kehidupan. Zenia terpedaya dengan janji manis seorang lelaki yang kemudian meninggalkannya setelah dia didapati mengandung. Bagaimanakah Zenia meneruskan kehiduupannya bersama bayi di dalam kandungannya itu? Bagi peminat novel berkisar drama seperti ini, tentu akan tertunggu-tunggu kesudahan cerita tersebut.


BERIKAN AKU SECEBIS KEBAHAGIAAN

Penulis muda Domi Nisa hadir dengan sebuah naskah yang bakal membuatkan korang mengalirkan air mata. Novel yang sarat dengan tema kehidupan dan percintaan ini mempunyai magisnya tersendiri dalam pembinaan watak dan plotnya. Mengisahkan penderitaan Dhia Afina yang pada usia mudanya telah dijual oleh bapanya sendiri kepada seorang lelaki kaya untuk menebus hutang yang tidak mampu dibayarnya. Perjalanan hidup Afina yang tragis ini bakal membuatkan pembaca mengalirkan air mata.


KACAU

Mempamerkan tema yang agak berlainan dari kebiasaannya, penulis muda Aina Nerina mencuba nasib dengan karya yang bersifat mistik dan thriller. Penulis mempertaruhkan karya yang berkisarkan sumpahan yang dikenakan ke atas seorang gadis muda apabila dia berurusan dengan seorang wanita tua yang bermisteri. Banyak adegan yang bakal mendebarkan pembaca yang mengikuti kesudahannya dan boleh dikatakan ia mempunyai unsur suspen yang amat memuaskan hati pembaca novel mistik keseluruhannya.


PERJALANAN FASHA

Para pembaca tentu akan meenggemari karya best daripada Cik Buwlan ini. Yang paling mengejutkan ini merupakan karya sulung daripada si penulis. Mengetengahkan tema persahabatan dan kehidupan, novel yang berkisarkan tentang perjalanan hidup seorang gadis yang bernama Fasha ini dalam mengharungi liku-liku hidup yang tidak pernah jemu mengekorinya. Pembaca juga pasti tertanya-tanya di antara 3 lelaki yang sering menemani hidupnya selama ini yang mana satu akan menjadi pilihan hidupnya.

0 comments:

Post a Comment