Semenjak tahun
2010, budaya KPop semakin mendapat perhatian di Malaysia dan kegilaan itu
menular hamper ke segenap kehidupan dan aktiviti masyarakat di Malaysia
terutamanya muda mudi. Kita tak nak bercerita bahagian yang buruk sebab kita
kan berfikiran terbuka jadi apa salahnya kita tengok satu-satu kebaikan dan
inovasi yang telah dibawakan oleh budaya hiburan Korea kepada mansyarakat
Malaysia secara umumnya. Yang paling jelas korang boleh tengok adalah
kebanjiran drama-drama, muzik, fesyen dan rancangan variety dari Korea yang semakin
digilai ramai dan membuatkan peminat-peminat KPop tak senang duduk.
DRAMA TV
Kebanjiran
drama-drama Korea di negara kita menampakkan pertambahan peminat-peminat drama
Korea sepanjang awal tahun 2010 hingga 2014. Drama-drama terbitan syarikat
penerbitan popular Korea seperti SBS, MBC, TVN & KBS mencatat rating
tertinggi di Asia dan menjadi buah mulut di negara-negara seperti China, Jepun
dan Taiwan. Drama seperti ‘My Love From The Star’, ‘Memories In Bali’, ‘Dream
High’, ‘The Inheritors’ dan banyak lagi berjaya mengundang satu fenomena yang
amat luarbiasa di sini.
MUZIK
Muzik-muzik yang
disajikan dari negara Korea amat terserlah kerana mempunyai irama segar yang
senang melekat di jiwa orang-orang muda sekarang. Tanya saja mana-mana muda
mudi sekarang, siapa sahaja yang tidak mengenali kumpulan-kumpulan gah dari
Korea seperti Super Junior, EXO, Infinite dan banyak lagi. Satu lagi yang
menyebabkan muda mudi mudah menerima kumpulan-kumpulan K-Pop ini kerana mereka
seringkali menonjolkan susuk lelaki kacak dan wanita muda yang seksi untuk tatapan
semua.
FESYEN
Fesyen dari
dunia K-Pop juga bukan calang-calang materialnya. Kebanyakan fesyen K-Pop
adalah daripada jenama-jenama ternama dan ada yang dating khas dari negara
mereka sendiri. Namun kebanyakan fesyen mereka itu tidaklah sesuai untuk korang
pakai dalam suasana iklim di Malaysia ini. Pakaian santai dari Korea juga amat
popular pada muda mudi kerana ringkas dan selesa untuk digayakan ke mana
sahaja. Namun ada juga sesetengah yang tidak begitu sesuai untuk golongan
muslimah.
BAHASA
Penggunaan
Bahasa Korea secara meluas dapat kita lihat pengaruhnya sekarang dalam
penulisan novel cinta remaja masa ini. Walaupun tak banyak namun
sedikit-sedikit aka nada terselit perkataan-perkataan Korea seperti ‘Annyeong’
& ‘Kamsahamida’ tak kiralah dengan sengaja ataupun tidak sengaja. Bukan tak
boleh menggunakan bahasa luar namun pengunaan bahasa itu janganlah menyebabkan
penulisan anda menjadi caca merba dan membuat pengarang gelak berguling-guling
apabila membacanya.
RANCANGAN VARIETY
Kebanyakan
rancangan-rancangan variasi dari Korea yang seringkali menghiasi televisyen
tempatan ini kadangkala banyak gunanya. Ada di kalangan keluarga yang
menggunakan peluang ini untuk berkumpul bersama dan bergelak ketawa
beramai-ramai. Namun ada juga yang menyebabkan muda mudi sekarang menjadi
semakin liat untuk bangun dan pergi ke mana-mana. Jika asyik terperap 24 jam
depan televisyen maka segala apa perancangan pun tak akan menjadi. Berhibur
tidak salah namun cubalah berpada-pada sedikit.
PERLAMBAKAN FANFIC
Kehadiran budaya Korea di Malaysia juga telah menyebabkan berlambaknya manuskrip-manuskrip yang menggunakan watak-watak pelakon Korea kesayangan mereka. Budaya ini yang dikenali sebagai fanfic telah menyebabkan banyaknya novel-novel yang bertemakan Korea di pasaran sebagai contoh "Kimchi Untuk Awak" dan juga "11 Days Before Married". Dalam pada kita menangani gelombang budaya Korea di negara kita, kita juga harus berterima kasih kerana fenomena tersebut telah memberi inspirasi kepada penulis kita untuk menghasilkan lebih banyak karya-karya yang menarik.
PERLAMBAKAN FANFIC
Kehadiran budaya Korea di Malaysia juga telah menyebabkan berlambaknya manuskrip-manuskrip yang menggunakan watak-watak pelakon Korea kesayangan mereka. Budaya ini yang dikenali sebagai fanfic telah menyebabkan banyaknya novel-novel yang bertemakan Korea di pasaran sebagai contoh "Kimchi Untuk Awak" dan juga "11 Days Before Married". Dalam pada kita menangani gelombang budaya Korea di negara kita, kita juga harus berterima kasih kerana fenomena tersebut telah memberi inspirasi kepada penulis kita untuk menghasilkan lebih banyak karya-karya yang menarik.
0 comments:
Post a Comment