Bukan sekadar
hiburan semata-mata, kisah Phoenix bangkit ini merupakan hasil garapan yang
tercetus dari minda yang jauh menerawang ke dunia khayalan maya tanpa sempadan.
Penulis muda berkarisma Nazehran Jose Ahmad bukan sahaja membawa mitos itu
kembali ke dunia moden masa kini malah memberi nyawa kepada watak burung
Phoenix yang selalu kita dengar dalam kisah-kisah mitos luar negara. Walaupun
berlatarbelakangkan kisah
yang sama seperti kisah-kisah phoenix yang kerap dicanangkan oleh
penulis-penulis luar negara, Nazehran cuba untuk mengadaptasi kisah fantasi ini
untuk disesuaikan dengan kebudayaan masyarakat tempatan. Penggunaan bahasa
melayu dan prosa yang klasik cukup menghidupkan lagi sakti di dalam kisah ini.
Nazehran cenderung untuk memartabatkan kebudayaan dalam setiap kisah yang
digarapnya dan memahami keperluan untuk menghidupkan kebudayaan dalam sebuah
kesusasteraan.
Watak-watak di dalam novel ini telah digarap dengan terperinci tanpa
meninggalkan sedikit pun keleemahan pada setiap perwatakan yang dibawa telah
memberikan keunikan pada diri masing-masing. Seperti Juan, kegigihan yang
ditunjukkannya untuk menangkap sang burung begitu mencabar pembaca. Ias
seakan-akan menginspirasikan pembaca untuk terus berusaha dan berjuang selagi
tidak memperolehi apa yang dicari. Watak Romario pun tak kurang juga hebatnya.
Sisi gagah yang cukup handal dalam menangani dugaan yang mendatang itu
membuatkan watak Romario pun cukup menonjol sekali di dalam novel “Phoenix
Bangkit” Sungguh kalau saya katakan beliau berjaya menghidupkan jalan cerita
lagenda dengan begitu baik sekali.
Oleh itu tidak keterlaluan jika saya katakan Phoenix Bangkit ini antara
karya terhebat bergenre fantasi yang pernah disiarkan di Novel+ ketika ini dan
Nazehran berjaya membawa kita keluar dari kepompong dunia penceritaan yang
statik dan memberikan sentuhan yang luarbiasa pada karya beliau. Novel ini
boleh dikatakan sesuai untuk dinikmati oleh semua lapisan umur kerana terdapat
kepelbagaian unsur yang telah diterapkan di dalamnya. Phoenix Bangkit ini telah
dimuatnaik seminggu yang lepas dan anda boleh membacanya kini di Novel+,
platform eksklusif yang menyiarkan novel-novel secara percuma tanpa had. Muat
turun aplikasi Novel+ ini segera untuk menikmati novel-novel terbaik dan
popular tempatan di http://get.novelplus.co/?c=jnm444
0 comments:
Post a Comment