July 27, 2016

NOVELPLUS MERAIKAN TEMA "TIADA NOKTAH CINTA" PADA MINGGU INI DENGAN NOVEL ROMANTIK TERBAIK!

BY Unknown IN , , , , , , , , , , , , No comments

Promosi "Tiada Noktah Cinta" di NovelPlus


Sempena hari Rabu yang indah ini, admin nak memulis semula disebabkan terlalu lama idea ini tertangguh sampai dah bersawang blog. Kasihan kepada para followers yang ingin tahu apakah update terbaru dari NovelPlus. Admin pun tengah sibuk sebab ada banyak manuskrip yang sedang giat dihantar pada kami dan untuk kepuasan korang semua, admin dan team bertungkus-lumus untuk menyiapkan proses muat naik kebanyakan novel-novel terbaru yang tidak kurang menariknya. Tentu sekali korang semua bakal teruja dengan karya-karya terbaru yang bakal korang dapati di NovelPlus kan?

Kerana kebanyakan manuskrip yang kami sedang uruskan sekarang banyak yang bertemakan kisah cinta dan romantik, maka admin pun samalah bekerja sambil melayan playlist Fauziah Latiff, memang masuklah dengan mood untuk menghadam novel-novel cinta yang dihantar kepada kami ini. Kisah cinta antara si kaya dan si miskin, tanpa restu orang tua dan macam-macam lagilah. Pada yang sedang bercinta itu mesti layan habis novel-novel macam ini. Yalah, korang pun sambil membaca pastilah turut berangan kononnya koranglah heroin dalam novel tersebut kan?

Untuk masa ini, promosi minggu ini bertemakan "Tiada Noktah Cinta" yang turut membawa maksud cinta tiada penghujungnya. NovelPlus ingin meraikan cinta sejati yang terdapat di dalam novel-novel yang sedang bersiaran di aplikasi NovelPlus. Kisah cinta selepas nikah ada, cinta pandang pertama ada dan pendek kata ada pelbagai ragam percintaan korang boleh lihat dan amati dalam novel-novel di sini. Ramai yang pasti terhibur kerana kisah cinta di dalam novel-novel tersebut tak terhad pada kisah cinta semata-mata. Ada cinta dan airmata, komedi romantik dan juga cinta yang sinis.

Jadi memang tak rugi korang muat turun NovelPlus dengan segera kerana di samping berhibur dengan novel-novel cinta yang confirm best belaka, korang juga turut dapat berasa berendam airmata apabila disajikan dengan novel cinta yang menyayat hati. Jadi jangan tunggu lagi dan usah berlengah, cepat-cepat ke Google Play atau Appstore untuk muat turun versi terbaru NovelPlus untuk memastikan anda memperolehi pengalaman membaca yang lebih lancar dan hebat!

0 comments:

Post a Comment