January 13, 2016

5 NOVEL PALING POPULAR 2015

BY Unknown IN , , , , , , 1 comment

Tentu ramai yang di sini adalah peminat tegar novel-novel tempatan, bukan? Semua orang sudah mengenali penulis-penulis berbakat seperti Suri Ryana, Umie Nadzimah dan Siti Rosmizah. Namun terdapat novelis-novelis amatur yang tidak kurang hebatnya dalam mencetus karya-karya yang kini mencipta fenomena baru dalam dunia penulisan tempatan. 


1. Aku Bukan Cinderella by Kieyah Sesuai dengan remaja masakini yang cukup mengidamkan dunia perkahwinan yang mirip kepada kisah dongeng klasik. Namun kehidupan watak utama iaitu Mia bukanlah seindah yang disangka. Kehidupan mereka penuh dengan konflik dan punya keegoan tersendiri yang membuatkan kisah ini begitu dekat di hati pembaca. 

 
2. Aku Cinta Kamu by Ratu Adriana Nadine Syarifah Bikash, wanita pendendam yang cukup ego hingga kasih sayang Tengku Ezkandar Heidi pun tak mampu menyentuh hati wanitanya itu. Kesabaran Ezkandar dalam memenangi hati isterinya itu akhirnya terbalas apabila Bikash mulai belajar untuk mencintai lelaki yang kini bergelar suami kepadanya. 


 3. The Young Bride by Anna Sanba Konflik kehidupan seorang gadis muda Ira yang berkahwin pada usia yang muda dan ketika itu dia terlalu mentah untuk memahami hakikat hidup berumahtangga. Suaminya, Airil pula bermain cinta dengan wanita lain di belakangnya membuatkan Ira semakin hilang arah dan berputus asa dengan kehidupannya. 


4. I Love You With All My Heart by Ieyra Aqish Merupakan novel garapan penulis muda Ieyra Aqish dan masih lagi bertemakan kasih sayang dan cinta.. Hana dan Akram bertemu pada ketika yang tak diduga dan saling membenci satu sama lain. Seperti kisah-kisah romantik yang lain, pengakhirannya mudah diduga pembaca namun jalan ceritanya mudah diterima. 


5. Baran Vs Happening by Ieyra Aqish Mengetengahkan watak Firsya dan Afiq yang diketemukan secara tidak sengaja dan segalanya bermula menjadi bercelaru akibat perbezaan sikap kedua-dua mereka yang keras kepala. Bagaimana seorang boss yang baran boleh jatuh cinta dan terpaut dengan seorang gadis yang happy-go-lucky seperti Firsya?

1 comment: