August 02, 2016

NOVELPLUS MERAIKAN HERO-HERO NOVEL DENGAN PROMOSI "SEKALI AKU JATUH CINTA"

BY Unknown IN , , , , , , , , , , , No comments


Promosi "Sekali Aku Jatuh Cinta"

Hi Semua,

Seronoknya bertemu semula dengan Novelicious yang tegar ini! Kami tahu korang semua tentu sudah tidak sabar menantikan update terbaru daripada team NovelPlus kan? Jangan risau kerana sebenarnya kami ada banyak kejutan yang dibawakan khas untuk anda. Mesti ramai yang merindukan kehadiran banyak novel-novel terbaru kerana sudah berapa minggu kami tidak menyajikan bahan bacaan terbaru untuk korang. Insyaallah, ada banyak yang sedang kami usahakan demi keseronokan anda dan memberikan pengalaman membaca yang lebih syok kepada semua peminat setia NovelPLus!

Terima kasih kerana selama ini korang tetap setia menyokong kami walau dalam apa bentuk keadaan dan kami juga sedaya upaya untuk memuaskan hati setiap pihak. Oleh itu kami dengan gembira ingin mengumumkan bahawa ada 5 novel baru yang telah dimuat naik dan boleh kini didapati di bahagian percuma dan juga pada bahagian Ultimate Novel Pass. Kami menjanjikaan hanya novel-novel yang menarik dan bermutu untuk semua pembaca setia kami. Di sini kami ingin memperkenal promosi kami untuk minggu ini iaitu "Sekali Aku Jatuh Cinta" untuk meraikan hero-hero kegemaran ramai dari novel-novel di NovelPlus!

Pasti korang dah lama jatuh cinta dengan hero-hero kacak dan sempurna dari novel-novel yang dibaca di NovelPlus kan? Ada juga yang sambil membaca novel boleh berangan bagaimana rupa hero tersebut jika wujud di dalam dunia yang sebenar. Admin pun faham benar fenomena ini kerana memang tidak dinafikan penulis-penulis novel kini cukup pandai melakarkan watak di dalam novel mereka seakan-akan watak itu hidup dan wujud di alam nyata. Hingga ramai pembaca yang termimpi-mimpi watak hero seperti Danial dari "Aku Bukan Cinderella" dan juga Iskandar dari "Aku Cinta Kamu".

Untuk itu minggu ini kami semua di NovelPlus akan meraikan hero-hero dari novel dengan promosi "Sekali Aku Jatuh Cinta" menunjukkan bahawa biarpun masa silam seorang hero itu penuh dengan dosa dan kesilapan namun setiap orang akan berubah mengikut peredaran masa. Sekalipun lelaki itu adalah kaki perempuan ataupun pendosa, dia berhak memilih jalan untuk berubah dan kita perlulah bersedia untuk memaafkan dan memberikan peluang kepada dia untuk berubah. Sekali seorang lelaki jatuh cinta tiada apa yang boleh menghalangnya untuk berubah demi mendapatkan cintanya yang sejati itu.

0 comments:

Post a Comment