April 06, 2016

"CINTAI AKU KERNA CINTA" MEMBERIKAN INSPIRASI KEPADA SEMUA PEMBACA

BY Unknown IN , , , , , , , , , , , 10 comments


Bukan sekali admin dihidangkan dengan kisah sebegini, namun ia seringkali dijadikan cerita kerana ia adalah hakikat sebenar mentaliti masyarakat Melayu kini yang begitu memandang kesempurnaan dan kecantikan semata-mata. Tidak kurang dengan menghulurkan pandangan yang serong, mangsa juga sering menjadi bahan cacian dan lawak jenaka oleh orang di sekeliling tanpa menghiraukan perasaan mereka. Alangkah kasihannya jika perkara itu terjadi kepada mereka yang begitu dekat dengan kita, apatah lagi pada diri kita sendiri. Itulah perkara yang cuba dibongkar oleh penulis muda Eyda Suzeda tentang hakikat tersebut.

Kisah komedi romantis ini, "Cintai Aku Kerna Cinta" merupakan sebuah kisah yang bukan sahaja digarap dengan elemen yang mencuit hati malah secara tidak langsung memberi pengajaran kepada pembaca tentang pentingnya menghargai orang lain walaupun mereka tidak sempurna. Tidak mudah menjalani hidup seperti Mia iaitu gadis berbadan gempal yang melebihi berat sepatutnya ini kerana sering menjadi bahan ketawa orang disekelilingnya. Lawatannya ke klinik tempohari telah benar-benar mengubah hidupnya apabila dia dimalukan oleh seorang lelaki kacak bermulut longkang.

Sejak dari itu, dia berniat dan bertekad untuk menjalani hidup yang lebih sihat, lebih-lebih lagi setelah mendapat sokongan keluarganya dan seorang lelaki yang baru dikenalinya iaitu Adzrel. Rupanya Adzrel adalah kembar kepada Adzwan iaitu lelaki yang pernah menghinanya dahulu. Namun sikap Adzrel yang berbudi bahasa dan baik hati itu telah berjaya menawan hatinya dan akhirnya kini dia sudah mulai menyimpan perasaan terhadap lelaki itu. Sebuah kisah yang cukup memberikan suatu inspirasi positif untuk wanita-wanita di luar sana.

10 comments:

  1. Salam Seery sila update NovelPlus ke version 3.1.7 di Appstore ataupun Playstore.

    ReplyDelete
  2. sy dah download tapi sampai bab 5 shj. mcm mana nak beli

    ReplyDelete
  3. Novel ini memang hanya 5 chapter. Dan ia disiarkan secara percuma di NovelPlus.

    ReplyDelete
  4. maknanya buku ni x wujud? hanya sampai bab5 online? tergantungla ceritanya ya..

    ReplyDelete
  5. Memang hanya 5 chapter yang ditulis oleh penulis.

    ReplyDelete
  6. Ada tak buku ni dijual kat kedai???

    ReplyDelete
  7. Salam, buku ini hanya boleh didapati di NovelPlus sahaja...

    ReplyDelete
  8. Artikel yang menarik dan berguna.

    Buruan Gabung Sekarang Juga dan Dapatkan Bonus Hingga Jutaan Rupiah disetiap Harinya Hanya di agen poker online indonesia

    ReplyDelete