July 15, 2016

LANGKAH-LANGKAH UNTUK NOVEL ANDA DI SIARKAN DI NOVELPLUS

BY Unknown IN , , , , , , , , , , 3 comments

Assalamualaikum semua,


Apa khabar korang semua pada pagi Jumaat yang penuh keberkahan. Kebetulan kita masih lagi berada dalam bulan Syawal yang mulia ini jadi masih belum terlambat rasanya untuk admin ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua Novelicious yang baru sahaja pulang ke kota untuk meneruskan tugas-tugas harian seperti biasa. Mesti ada yang siap bawa pulang bekal kuih raya yang masih berlebih di kampung tu bukan? Admin pun sama, baru sahaja selesai menghabiskan sisa habuk biskut raya di dalam balang biskut. Tapi jari ni terasa gatal pula hendak menaip sesuatu jadi untuk novelicious sekalian, admin sanggup buat apa sahaja.

Admin perasan daripada feedback ramai lagi yang belum tahu bagaimana caranya agar karya mereka dapat disiarkan di NovelPlus! Wah ramai yang tidak sabar-sabar hendak memulakan karya sebagai penulis ya? Syabas admin ucapkan untuk mereka yang baru sahaja mahu berjinak-jinak  dalam bidang penulisan kerana inilah tujuan asal NovelPlus agar lebih ramai penulis yang berkaliber dari luar sana dapat dihasilkan serta dibentuk. Admin tahu ramai adik-adik di luar sana tu yang memiliki bakat terpendam dalam bidang penulisan cuma barangkali ragu-ragu untuk mencuba. Dengan NovelPlus, kini segalanya mungkin.

Jom kita ikuti dua langkah mudah bagaimana karya korang boleh disiarkan di NovelPlus! Insyaallah segalanya akan dipermudahkan.



LANGKAH SATU - SIAPKAN MANUSKRIP

Sebagai langkah permulaan, adik-adik bolehlah siapkan manuskrip adik itu hingga beberapa bab kerana amat sukar kami memproses jika adik-adik hanya menyiapkan sekadar satu atau dua muka surat sahaja. Oleh itu manuskrip atau lebih senang kita sebut sebagai cerita adik itulah, disiapkan terlebih dahulu dalam bentuk Word. Tak perlu gusar mengenai penggunaan tatabahasa kerana platform NovelPlus ini lebih bebas dan kami tidak akan menitik beratkan lebih pada penggunaan tatabahasa dan ejaan. Apa yang penting adalah korang puas hati dengan penggunaan bahasa korang. Konsep kami adalah platform menulis dan membaca yang bebas.



LANGKAH DUA - EMEL KEPADA KAMI

Setelah manuskrip korang berjaya disiapkan, usah berlengah lagi. Terus hantarkan ke emel kami yang beralamat di content@novelplus.co dan biar kami uruskan hal yang selebihnya. Dengan kami korang tidak perlu melalui orang tengah mahupun prosedur yang tidak masuk akal daripada mana-mana penerbit dan yang paling utama, korang tidak perlu melalui proses penilaian yang memenatkan dan mengambil masa yang panjang untuk menunggu. Sebaik sahaja korang berjaya menyiapkan manuskrip korang itu, jamgan segan dan terus emelkan kepada kami. Kami akan cuba menyiarkan novel tersebut secepat mungkin.

3 comments: