February 04, 2016

5 NOVEL YANG BAKAL MEMBUAT ANDA BERGENANG AIRMATA

BY Unknown IN , , , , , , , , , , , , No comments

Ramai yang pada zaman kini suka membaca novel-novel yang sebahagiannya sarat dengan kisah sedih dan menyayat hati. Tidak kurang juga yang sering mengajak pembaca untuk turut sama bergenang airmata tatkala selesai membacanya. Kebanjiran novel-novel berkonsep demikian telah menyebabkan naiknya nama-nama tokoh dalam bidang penulisan seperti Siti Rosmizah, Sheisbell dan ramai lagi yang mana boleh dikatakan kebanyakan karya-karya mereka cukup sarat dengan adegan-adegan yang pasti bakal menggugurkan airmata korang. Jom kita lihat 5 novel terkini yang memberi impak yang sama seperti yang disebutkan di atas.

  
KENAPA AKU

Walaupun masih baru lagi berada dalam versi digital, novel yang digarap kemas oleh penulis muda berbakat yang baru ingin membina tapak dalam dunia penulisan, Adriana ini mengetengahkan tema kekeluargaan yang amat berat dan tentunya korang akan mengalirkan airmata ketika membacanya. Mengisahkan tentang Rina yang menderita setelah ditinggalkan bersama ibu dan abang tirinya. Novel ini mengajar erti kesabaran, ketabahan dan pengorbanan seorang anak demi kebahagiaan keluarganya. SELANJUTNYA


BERIKAN AKU SECEBIS KEBAHAGIAAN

Penulis muda yang berbakat besar ini, Domi Nisa hadir pula dengan sebuah naskah yang bakal membuatkan korang menangis tak henti-henti. Novel yang sarat dengan tema kehidupan dan percintaan ini memiliki keistimewaan yang tersendiri dalam pembinaan watak dan plotnya. Mengisahkan penderitaan Dhia Afina yang pada usia mudanya telah dijual oleh bapanya sendiri kepada seorang lelaki kaya untuk menebus hutang yang tidak mampu dibayarnya. Perjalanan hidup Afina yang tragis ini cukup terkesan sehingga membuatkan pembaca bergenang airmata. SELANJUTNYA

  
BUDAK BUSUK

Cerita berkonsepkan drama kekeluargaan ini pula berkisarkan hidup Kamal yang meronta untuk dibenarkan menjalani hidup sebagai kanak-kanak normal dan bersekolah seperti biasa. Namun harapannya itu terbantut apabila ayahnya pula menghalang kemahuannya itu. Segalanya gara-gara abangnya yang ditangkap polis kerana dituduh mencuri maka ayahnya telah menguburkan niat itu kerana malu. Apakah kesudahan kisah hidup dua beradik ini? Dapatkah abangnya membuktikan bahawa dirinya tidak bersalah? SELANJUTNYA

HANANI DI HATIKU

Sukar jika ditakdirkan diri korang gemuk dan tidak tergolong dalam golongan yang rupawan kan? Itulah nasib yang menimpa Hanani, seorang gadis yang dalam diam menyimpan perasaan terhadap seorang pelajar lelaki baru. Keperitan dalam menerima hakikat bahawa cintanya hanya sia-sia tidak melenyapkan langsung perasaannya terhadap lelaki itu malah sanggup berkorban apa sahaja demi kebahagiaan lelaki yang dia cintai itu, walaupun nyawanya menjadi galang ganti. Cerita ini mempunyai banyak pengajaran dan tentunya bakal mengalirkan air mata pembaca. SELANJUTNYA

THORN

Sebuah kisah misteri yang cukup menyayat hati berkisarkan tentang Baiduri yang keluarganya telah dibunuh satu demi satu oleh seorang yang amat berdendam dengan keluarganya. Dalam usaha untuk menyiasat kebenaran di sebalik setiap kejadian yang menimpanya, Baiduri bertemu dengan Farabi seorang jejaka misteri yang memiliki wajah yang amat seiras dengannya. Perkenalannya dengan Farabi mekar namun segalanya musnah apabila Baiduri mendapat tahu bahawa Farabi mempunyai kaitan dengan pembunuhan ahli keluarganya. SELANJUTNYA

0 comments:

Post a Comment