October 16, 2015

KISAH BENAR KANAK-KANAK LIAR YANG MEMERANJATKAN!

BY Unknown No comments




“Feral Children” atau “Kanak-kanak Liar” adalah projek foto terbaru oleh seorang jurugambar berbangsa Jerman yang sedang menetap di London, iaitu Julia Fullerton-Batten. Siri gambar beliau adalah merupakan ilustrasi kepada kejadian sebenar yang melibatkan sekumpulan kanak-kanak terbiar yang kemudiannya membesar dalam keadaan yang aneh.

“Buku ‘The Girl With No Name’ memberi inspirasi kepada saya untuk terus mencari kes-kes kanak-kanak liar yang lain,” Fullerton-Batten memberitahu majalah Feature Shoot. “Saya mendapati terdapat beberapa kes yang berlaku. Ada yang berlaku disebabkan kanak-kanak tersebut tersesat, ada yang ditangkap oleh haiwan liar, dan kebanyakannya berlaku disebabkan ditinggal atau diabaikan oleh ibu bapa. Kes-kes yang berjaya didokumenkan wujud di empat daripada lima benua dunia.”



1. Gadis Serigala Lobo, Mexico, 1845-1852



























Pada tahun 1845, penduduk kampung ternampak seorang kanak-kanak perempuan berlari dengan keempat-empat kaki dan tangannya bersama-sama dengan sekumpulan serigala menyerang sekumpulan kambing. Setahun kemudian, beliau dilihat semula dengan kawanan serigala sambil menikmati tangkapan seekor kambing. Beliau berjaya ditangkap, tetapi berjaya melarikan diri. Pada tahun 1852, beliau dilihat menyusukan dua ekor anak serigala, tetapi kemudian lari masuk ke dalam hutan. Sejak dari itu, beliau tidak pernah dilihat lagi.



2. Oxana Malaya, Ukraine, 1991


Oxana ditemui hidup dalam kandang anjing pada tahun 1991. Beliau berusia lapan tahun ketika diselamatkan dan telah hidup dengan anjing-anjing selama enam tahun. Ibu bapanya adalah penagih alkohol dan pada satu malam, mereka telah meninggalkan Oxana di luar rumah ketika Oxana berusia tiga tahun. Untuk mencari kehangatan, Oxana yang ketika itu berusia tiga tahun merangkak ke dalam kandang anjing dan memeluk anjing-anjing kampung itu, satu tindakan yang menyelamatkan hidupnya daripada kesejukan malam. Ketika ditemui, beliau berkelakuan seperti seekor anjing. Dia berlari dengan keempat-empat kaki dan tangannya, lidah terjelir keluar, gigi taring ditayangkan dan menyalak. Oleh kerana kekurangan interaksi manusia, beliau hanya tahu perkataan “ya” dan “tidak.”

Terapi intensif membantu Oxana untuk mempelajari kemahiran sosial dan lisan asas, tetapi hanya dengan kemampuan kanak-kanak berusia lima tahun. Kini berusia 30 tahun, beliau tinggal di sebuah klinik di Odessa sambil melakukan kerja-kerja penjagaan haiwan ternakan hospital di bawah pengawasan seorang pengasuh.

Nota tambahan: Ibu Oxana mahukan anak lelaki tetapi 

Berikut adalah video dokumentari tentang Oxana:



3. Shamdeo, India, 1972




Shamdeo, seorang kanak-kanak yang berumur kira-kira empat tahun, telah ditemui di sebuah hutan di India pada tahun 1972. Beliau sedang bermain dengan anak-anak serigala ketika ditangkap. Kulitnya gelap, gigi telah diasah, kuku yang panjang dan bercangkuk, rambut kusut-masai dan dan kulit yang menebal (callus) pada tapak tangan, siku dan lutut. Beliau gemar memburu ayam, makan tanah dan sukakan darah. Beliau pandai berhubung dengan anjing.

Akhirnya beliau berjaya diajar untuk berhenti makan daging mentah, masih tidak pandai bercakap, tetapi dapat mempelajari beberapa perkataan bahasa isyarat. Pada tahun 1978 beliau telah dimasukkan ke “Mother Theresa’s Home for the Destitute and Dying” di Lucknow, di mana beliau telah dinamakan semula sebagai Pascal. Beliau meninggal dunia pada Februari 1985.

Shamdeo bersama Mother Theresa


Vanya Yudin(The Bird Boy), Rusia, 2008












Seorang budak lelaki berusia tujuh tahun, ditemui dalam sebuah pangsapuri dua bilik tidur yang kecil, dengan ibunya berusia 31 tahun – tetapi beliau telah dikurung dalam sebuah bilik yang penuh dengan sangkar burung, yang mengandungi berpuluh-puluh ekor burung peliharaan ibunya, makanan burung dan najis burung. Ibunya melayan dia sama seperti haiwan peliharaannya yang lain. Vanya tidak pernah didera secara fizikal, dipukul atau ditinggalkan tanpa makanan, cuma, ibunya tidak pernah bercakap kepadanya. Komunikasi anak kecil ini hanya dengan burung-burung. Beliau tidak pandai bercakap, hanya pandai berkicau. Apabila beliau tidak difahami, beliau akan mendepangkan tangannya sambil berkepak seperti seekor burung.

Selepas ibunya melepaskan hak penjagaan kanak-kanak, Vanya telah dipindahkan ke pusat penjagaan psikologi di mana doktor cuba untuk memulihkan dia.

Vanya  Yudin, The Bird Boy


Aneh bukan? Tapi tiada apa yang mustahil di bumi Tuhan ini. Apapun jika anda ada sebarang karya berbentuk cerpen atau novel misteri, aneh, seram dan sebagainya, bolehlah hantar karya kepada kami di novelplus.team@gmail.com . Anda juga boleh memuat turun aplikasi kami dengan klik
http://bit.ly/1KMtDZy


Credit story: The Vocket

0 comments:

Post a Comment