August 09, 2016

KEGILAAN POKEMON GO SEMAKIN MEMUNCAK DI MALAYSIA

BY Unknown IN , , , , , , , , , , No comments

Pokemon Go yang digilai ramai


Salam sejahtera,

Admin minta maaf banyak-banyak kerana sering menghilangkan diri tanpa dapat dikesan selama ini. Maklumlah sedang sibuk mengumpul manuskrip-manuskrip yang telah dihantar kepada kami semenjak mingu lepas lagi. 

Terima kasih kerana dalam masa yang cukup singkat ini juga kami menerima banyak maklumbalas yang menarik daripada pembaca dan penggemar setia NovelPlus. Kami juga terharu dengan permintaan ramai yang inginkan lebih lagi dari kami kerana disebabkan anda kami berusaha untuk mendapatkan lebih lagi novel-novel pelbagai genre demi kepuasan pembaca semua.

Admin perasan ramai antara Novelicious dekat sini pun dah mula berjinak-jinak dengan Pokemon Go ya? Ini adalah kegilaan baru yang melanda Malaysia setelah Pokemon Go berjaya untuk menawan hati beberapa negara di dunia ini. Fenomena ini juga dikatakan sedang berleluasa di kalangan masyarakat majmuk yang tidak mengira umur, bangsa dan agama semenjak aplikasi ini mula boleh dimuat turun pada hujung Julai lalu kalau tidak silap admin, 

Dan semenjak itu juga, sambutan terhadap aplikasi ini semakin meningkat dan terus menjadi antara aplikasi yang paling banyak dimuat turun oleh pengguna.

Interface yang menyeronokkan


Fenomena Yang Melalaikan

Pada admin keburukan sesuatu benda itu bergantung kepada sikap pengguna itu sendiri. Jika pengguna itu bijak dalam merancang waktu dan mengimbangi masa mereka, maka sesebuah perkara itu tidak akan memudaratkan. Begitu juga dengan kes Pokemon Go ini, yang dikatakan cukup melalaikan dan di samping itu boleh membahayakan nyawa pemain. 

Memang admin akui ada beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan sekiranya kita terlalu khusyuk bermain tanpa mengendahkan keadaan sekeliling. Namun semua itu adalah bergantung kepada kepekaan kita terhadap keadaan sekeliling.

Cara menangkap pokemon liar


Unsur Pengembaraan Dan Strategi

Setelah admin pun mula berjinak-jinak dengan game Pokemon Go ini admin turut nampak beberapa kebaikan yang dimiliki oleh permainan Pokemon Go kerana selain anda menangkap binatang yang muncul di kawasan anda, anda juga boleh mengenali tempat-tempat menarik di sekitar kawasan anda dan ini juga salah satu usaha untuk memperkenalkan kawasan kita kepada orang luar juga. 

Dalam erti kata lain Pokemon Go membantu mempromosi kawasan sekitar sesebuah negara. Jadi ia bukanlah perkara yang melalaikan dan merbahaya semata-mata. Untuk itu kita janganlah hanya melihat kepada keburukan sahaja kerana banyak aspek lain yang harus kita kaji juga.

Stesen Poke-Stop untuk re-charge


Jadi itulah serba sedikit mengenai permainan Pokemon Go yang menjadi kegilaan orang ramai masakini. Kita tak boleh terlalu menghukum dan menghakimi sesuatu itu tanpa melihat pandangan dari kedua-dua sudut. Okeylah dah selesai main tu jomlah kita ke NovelPlus Go pula untuk rileks sambil baca novel-novel terhangat dengan mudah di mana jua anda berada! So pause sekejap game to dan layan pulak NovelPlus sampai lebam! "Gonna Read Them All" & "NovelPlus, I Choose You"!


0 comments:

Post a Comment