October 23, 2015

KIEYAH, BUKAN CINDERELLA TAPI SI CANTIK 'WIFI LOADING'?

BY Unknown No comments



Dia cantik, bijak dan berbakat tapi sering digelar 'wifi loading' oleh rakan-rakannya? Eh dah kenapa? Kalau nak tahu kenapa, menurut novelis Kieyah atau nama sebenarnya Zakiah Zolkiffli yang terkenal menerusi novel meletop 'Aku Bukan Cinderella', dia sering diusik rakan-rakannya dengan gelaran tersebut lantaran sikapnya yang sentiasa blur dan sering mengelamun tatkala teman yang lain asyik bersembang.

Tapi itu adalah antara sebahagian fakta menarik mengenai gadis berusia 20 tahun ini. Bagi kami , mengenali Kieyah serba sedikit mengingatkan kami pada karekter 'Hannah Montana yang menjalani 'double life' - iaitu seorang pelajar biasa di siang hari dan bintang pujaan di malam hari . Okay, mungkin berbeza sikit dari Hannah kerana Kieyah bukan seorang artis rakaman atau bintang pop sensasi tapi untuk pengetahuan korang Kieyah merupakan pelajar jurusan Fizik di Universiti Malaya dan dalam pada sama merupakan seorang novelis muda berbakat dan sangat-sangat kreatif dalam menghasilkan barangan kraftangan.

Karya sulungnya, Áku Bukan Cinderella' telah mencetus fenomena di aplikasi Novelplus apabila berjaya meraih lebih dari 30,000 pembaca dan sehingga kini kekal mengungguli carta #Top10novelplus. Apa lagi yang korang nak tahu pasal Kieyah? Apakata ikuti temubual santai kami bersama Kieyah.


FAKTA MENARIK MENGENAI KIEYAH

Hobi: Membaca novel&komik, buat dessert dan gemar menonton drama atau filem Korea.

Sumber inspirasi: Dapat inspirasi menulis novel dari novel-novel yang dibaca, drama korea dan
mengakui angan-angan /imaginasi turut membantunya dalam menghasilkan novel.

Filem/Drama adaptasi novel kegemaran: Menyukai drama 'Sebenarnya Saya Isteri Dia'.

Novel pertama yang dibaca: Mula baca novel sejak berusia 11 tahun dan novel pertama yang dibaca adalah novel karya Sharifah Abu Salem yang bertajuk 'Tak Seindah Mimpi'.

Tak boleh hidup tanpa? Kedua ibu bapa, "Tanpa mereka tak mungkin Kieyah wujud di dunia,"ujar Kieyah.

Penulis kegemaran: Ratu Bulan, Amanda Hocking dan Meg Cabot.
Menyukai karamel tapi tidak sukakan kopi.

*****************************************************************
Nota: Nikmati pengalaman membaca novel-novel kegemaran dan terbaru  secara percuma! Kini anda bukan hanya boleh membaca senaskah tapi beratus-ratus cerpen dan novel hanya  di Novelplus!

0 comments:

Post a Comment