January 13, 2016

"RIWAYAT HIDUP SI BONEKA", KEANEHANNYA BAGAIKAN MAGIS

BY Unknown IN , , , , , , , No comments



Okey, petang ni kita beralih ke novel seram pulak. Korang dah baca ke mengenai novel "Riwayat Hidup Si Boneka"? Kepada peminat novel yang berkisarkan dunia fantasi yang bercampur seram, naskah ini adalah sangat sesuai buat korang yang ingin sesuatu yang lain daripada aliran mainstream novel Melayu. Sungguh jika dikatakan terdapat ramai juga pembaca yang dahagakan kisah-kisah yang selain daripada romantik dan cinta. Peminat novel seram juga semakin meningkat dewasa ini selain permintaan pasaran untuk novel-novel seram juga semakin tinggi. 

Namun tidak banyak karya seram yang boleh dikatakan berjaya menembusi tembok penerbit malah kebanyakan penulis juga menyatakan rasa tidak puas hati apabila karya seram mereka sukar untuk memenuhi kuota penerbit. Namun ada sebuah karya yang begitu menarik hati setelah dibaca berulang kali hasil nukilan penulis muda yang hanya ingin dikenali sebagai Askbug. Beliau memilih judul "Riwayat Hidup Si Boneka" sebagai tajuk karya beliau yang mana mempunyai impak yang cukup kuat dalam kategori seram dan misteri. 

Naskah yang digarap dengan teliti dan penuh nuansa misteri memberikan penghayatan yang luarbiasa kepada pembaca, seakan-akan mereka menyusuri jalan cerita itu sendiri dan di sinilah kekuatan naskah ini sebenarnya. Kebijaksanaan penulis menghimpunkan elemen seram, mistik, misteri dan suspen di dalamnya berjaya mengumpan pembaca untuk mengetahui cerita tersebut dengan lebih lanjut. Mengisahkan tentang Cornelius yang menjumpai sebuah buku yang menghimpunkan ilmu sihir kegelapan yang berkait rapat mengenai boneka yang mana telah diwarisi oleh keluarganya sejak berzaman tanpa pengetahuannya sedikit pun. 

Namun perasaan teruja dan ingin tahu mulai timbul pada diri Cornelius setelah membaca beberapa bait perkataan di dalam buku tersebut. Buku tersebut menyatakan bahawa boneka ini bakal membawa kegembiraan kepada semua dan jika dia memberikan kesengsaraan kepada boneka tersebut maka azabnya adalah amat pedih dan berganda. Namun persoalannya dapatkah Cornelius mengikuti apa yang telah diarahkan oleh buku sihir tersebut? Apakah yang akan terjadi bila Cornelius menggunakan sihir tersebut? Segalanya bakal terjawab di dalam novel “Riwayat Si Boneka” ini. 

Sebuah novel mistik yang sarat dengan pengajaran dan juga mesej kemanusiaan. Sebuah naskah yang boleh diklasifikasikan sebagai antara yang mampu menambat hati semua lapisan masyarakat. Jika andakorang memang inginkan sebuah naskah segar yang benar-benar lari dari karya semasa maka novel inilah jawapannya. Korang tentu sekali akan tertarik dengan jalan cerita yang begitu padat dengan elemen suspen dan menguji minda pembaca dengan plot-plot yang bakal membuatkan korang tertanya-tanya apakah kesudahan mereka nanti. Muat turun Novel+ segera untuk menikmati kisah mistik ini sepenuhnya hanya di http://get.novelplus.co/?c=jnm444

0 comments:

Post a Comment