January 19, 2016

VAMPIRE OH VAMPIRE, BUKAN SEKADAR CINTA SEMATA-MATA

BY Unknown IN , , , , , , , , , , No comments


Jarang benar melihat manuskrip daripada penulis di Malaysia yang menceritakan kisah mengenai pontianak dengan perspektif percintaan. Jika mengenai pontianak kebanyakan penulis bergenre seram lebih memilih untuk mengolah plot yang menakutkan dan melibatkan pertumpahan darah serta pembunuhan. Namun amat berlainan sekali bagi Kaseh Esmeralda yang memilih untuk menyelitkan unsur percintaan dan persahabatan di dalam naskah bercorak ‘paranormal’ pertamanya yang berjudul VAMPIRE OH VAMPIRE

Selain percubaan beraninya dalam melakar kisah yang agak berlainan dari kebanyakan novel-novel tempatan yang berkisarkan pontianak di pasaran, Kaseh Esmeralda juga berani untuk tampil dengan jalan cerita yang segar. Berkisarkan mengenai Sofie yang diperkenalkan dengan dunia pontianak yang cukup asing padanya. Perkenalannya dengan kumpulan di sekolahnya yang diketuai oleh Azril semakin menambahkan perasaan syak wasangka terhadap mereka dan mengesyaki mereka adalah golongan ‘vampire’ yang sering menghisap darah lelaki/wanita muda untuk terus hidup dan mempertahankan kejelitaan dan ketampanan masing-masing. 



Keadaan semakin genting apabila Elmira, rakan Sofie bertindak untuk menyiasat tentang kebenarannya dan sekaligus membongkarkan dunia ‘vampire’ yang dikatakan cukup sadis dan ngeri itu. Keadaan menjadi bertambah cemas apabila Sofie akhirnya mengetahui latar belakang Azril yang sebenarnya memang seorang pontianak. Yang paling sekakar pula, Sofie dan Elmira ini benar-benar bertekad untuk menghapuskan spesis ‘vampire’ yang pada hematnya akan membunuh dan menghisap darah semua orang di sekelilingnya. Namun berbekalkan wajah yang kacak dan karisma yang menawan, mampukah Azril ditolak mentah-mentah oleh Sofie atau adakah Sofie juga bakal jatuh di genggaman Azril juga. Jika benar Azril itu adalah ‘vampire’, siapakah yang bakal menjadi mangsa yang seterusnya. 

Penulis bijak menggabungkan elemen suspen dan komedi sambil menyelitkan sedikit kisah cinta antara kedua watak utama tersebut sehingga membuatkan penonton terus tertunggu-tunggu kesudahan kisah mereka. Yang paling penting adalah, kisah yang ditonjolkan tidak klise dan mudah untuk dihadam oleh pembaca-pembaca yang inginkan kisah komedi romantik yang ringan. Tampil dengan apa jua tema pun, syabas diucapkan untuk penulis kerana menjadikan kisah mistik VAMPIRE OH VAMPIRE ini bukan hanya sekadar kisah cinta yang kosong semata-mata. Ingin mengetahui kisah selanjutnya? Tunggu apa lagi muat turun aplikasi Novel+ di http://get.novelplus.co/?c=jnm444

0 comments:

Post a Comment