Bermula dari sekadar minat dan mengisi masa lapang, siapa sangka gadis berusia 15 tahun ini telah berjaya menghasilkan empat naskah novel. Menjadikan kawan-kawan dan orang sekelililing sebagai inspirasi dalam peghasilan novel, tahukah anda bahawa novelis Ieyra Aqish masih lagi merahsiakan statusnya sebagai novelis dari pengetahuan ibu bapanya.
"Saya cuba membahagikan masa di antara ssekolah dan menulis novel sebaikmya. Selalunya saya akan fokus ulangkaji pelajaran pada waktu persekolahan dan akan sambung menulis novel pada hujung minggu.
"Saya terpaksa merahsiakan mengenai minat saya dalam penghasilan novel ini dari pengetahuan ibu bapa saya kerana mereka merasakan yang saya masih terlalu muda untuk menulis novel, apapun tiada rahsia yang boleh disimpan selamanya, saya pasti akan maklumkan mereka dalam masa terdekat,"jelas Ieyra.
Okay itu adalah sedikit sebanyak perkongsian menarik daripada Ieyra Aqish. Kalau nak kenal dengan lebih lanjut apakata baca fakta menarik mengenai Ieyra!
1. Mula jinak dalam bidang penulisan sejak umur 14 tahun lagi.
2. Karekter fiksyen ciptaan yang jadi kegemaran adalah watak Tunku Akraam Haris dan Nur Hana Adriana kerana merasakan kedua-kedua karekter tu adalah antara yang terbaik pernah dihasilkannnya.
3. Tak banyak sangat kenangan manis tapi gelak seorang diri ketika menghasilkan karya yang sweet adalah antara momen paling manis bagi Ieyra. Amboiiihh adik, parah ni hehehe...
4. Kenangan pahit? Bila da syok menulis tiba-tiba penulisan saya semuanya hilang dan itu memang buat saya fade up!
5. Hobi, dah tentu baca novel, main permainan video dan melayari internet.
6. Karya Terbaru: 'Baran vs Happening', 'Arr...Biar Betul', 'I Love You With All My Heart', 'Kau Milik Aku Sorang Faham' dan 'Ok We Will See'.
Nota: Nikmati pengalaman membaca novel-novel kegemaran dan terbaru secara percuma! Kini anda bukan hanya boleh membaca senaskah tapi beratus-ratus cerpen dan novel hanya di Novelplus!
hai bagaimana sy nk dptkn cite selanjutnya cheater 4 n seterusnya novel tajuk kau milik aku sorang Faham! jika di app novel sy kena membelinya..cr cr di wattpad tidak dpt novel ini..blhkah sy dpt membaca sepenuhnya tanpa perlu membyr utk blnan
ReplyDelete