February 21, 2016

TIPS BERGUNA YANG DISARANKAN BUAT PENULIS NOVEL

BY Unknown IN , , , , , , , , No comments


Sesetengah orang mempunyai gaya penulisan yang tersendiri ketika menulis. Ada yang telah sedia ada dikurniakan bakat menulis yang hebat sehingga mereka boleh mengarang cerita walaupun baru sahaja di bangku sekolah. Ada juga yang bakat mereka memang diasah semenjak kecil lagi setelah ibubapa mereka mendapati bahawa anak mereka itu mempunyai bakat terpendam yang perlu ditonjolkan semenjak kecil lagi. Walaupun kebanyakan penulis pada masa kini boleh digolongkan dalam kategori yang amat muda namun bakat yang dimiliki sesetengah mereka adalah amat luar biasa dan setaraf dengan penulis-penulis yang berkaliber di luar sana.

Apa sahaja yang mereka tulis walaupun sebaris ayat, jikka sudah mamppu menghasilkan suatu plot maka berbakatlah penulis itu. Ramai yang menyangka hanya golongan sasterawan sahaja yang mampu berkarya namun kini pelajar yang daripada kelulusan yang lain juga mampu untuk bersaing di dalam bidang penulisan yang semakin mendapat tempat di kalangan remaja ini. Bidang penulisan ini bukan sahaja merupakan medium melepaskan stress dan apa yang terbuku di minda malah sebagai medium kreatif yang boleh memberikan ilmu kepada pembaca. Terpulang sahaja kepada kebijaksanaan penulis, lebih kreatif minda seseorang maka akan lebih banyak karya menarik yang mampu dihasilkan.

Berikut merupakan tips-tips menulis yang baik untuk korang cuba praktikkan. Melalui cara ini juga korang akan berjaya menghasilkan sebuah karya yang bermutu disamping melatih diri anda agar lebih produktif di masa akan datang. Kemungkinan juga tips yang disarankan ini akan berguna pada masa yang akan datang:

1 - Membaca Setiap Masa 
Ramai yang mengatakan bahawa membaca itu adalah jambatan ilmu tapi penulis juga harus ingat bahawa dengan membaca, ini boleh membantu korang dalam proses untuk membina sesebuah plot di samping memberikan idea-idea menarik untuk penulis memulakan penulisan mereka dengan lancarnya.

2 - Menulis Setiap Hari 
Jadikan menulis sebagai sebahagian daripada latihan untuk korang membiasakan diri dengan pelbagai format penulisan. Membuat kesilapan buat kali pertama adalah suatu perkara yang biasa. Melalui kesilapan itu korang akan belajar untuk membuat yang lebih baik. Apa yang penting adalah terus berusaha tanpa mengenal erti penat dan jemu.

3 - Belajar Perbendaharaan Kata 
Dapatkan sebuah kamus untuk mempelajari kosa kata yang semakin luas. Melalui cara ini, korang akan dapat memperbaiki struktur ayat dan tatabahasa yang digunakan kerana walaupun kita adalah orang Melayu, belum tentu lagi kita tidak akan membuat sebarang kesalahan ketika membina sesebuah ayat.

4 - Keluar Berjalan-Jalan 
Aktiviti rekreasi adalah bagus untuk diamalkan jika korang berniat untuk menjadi seorang penulis. Kebolehan seseorang juga punya batasan iaitu apabila penulis dilanda ketandusan idea, ini akan menyebabkan proses penerbitan sesebuah buku itu terbantut. Jadi cara yang paling baik untuk menghilangkan ketandusan idea itu adalah dengan keluar berjalan-jalan sambil menghirup udara segar.

0 comments:

Post a Comment