January 28, 2016

5 NOVEL BERUNSUR FANTASI YANG MENARIK UNTUK DIBACA

BY Unknown IN , , , , , , , , , , , , , No comments

Karya berbahasa Melayu yang bergenrekan fantasi ternyata amat kurang sekali dihasilkan berbanding karya yang umumnya bercorak cinta dan kasih sayang. Tahu tak korang bahawa kita sudah terlalu banyak menghasilkan naskah-naskah yang berbentuk percintaan dan komedi romantik sehinggakan ramai juga yang merasakan bahawa karyawan tempatan hanya mampu menghasilkan naskah yang begitu klise dan tidak mampu untuk bersaing dengan naskah-naskah hebat dari luar negara. Korang tentu juga perasaan kita amat kurang menghasilkan naskah bercorak fantasi kerana kebanyakan penulis kita bimbang ia tidak mendapat sambutan seperti yang diharapkan. Berikut beberapa novel fantasi yang mempunyai potensi untuk menyinar

SUMPAHAN COKLAT

Novel yang berkisarkan kehidupan dan cita-cita ini digarap dengan baik oleh Saptember yang mengambil latar belakang dunia fantasiEropah yang dicipta sendiri oleh penulis dengan berkesan. Menggunakan tema coklat dan dendam, novel ini lebih menjurus kepada percintaan antara dua orang yang kebetulan membesar di tempat yang sama. Satu kejadian tragis telah memisahkan mereka berdua. Dapatkah mereka menemui antara satu sama lain dan kembali menjalin semula cinta mereka.

PHOENIX BANGKIT

Novel yang berlatarbelakangkan dunia fantasi rekaan penulis Nazehran Jose ini, mengisarkan tentang mitos burung phoenix yang sering diagungkan oleh kerajaan luar. Menariknya kisah ini adalah penulis berjaya memberikan nyawa kepada mitos itu sendiri dengan garapan jalan cerita yang menarik di samping cara setiap watak itu diolah seperti kejadian tersebut benar- benar berlaku. Sungguhpun kisah dongeng namun corak penceritaan yang baik memberikan suasana yang lain kepada pembaca.

EUCRALIPSE

Novel yang cukup kuat elemen fantasinya ini memberikan pendekatan yang berlainan dalam menghidupkan suasana fantasi di dalam novel tersebut. Mengisahkan watak utama di dalam novel tersebut Puteri Sayap Cinta yang jatuh cinta dengan Putera Bertopeng. Konflik yang memuncak apabila Puteri Sayap Cinta terpaksa menjalankan tanggungjawabnya sebagai pemerintah yang mempertahankan tanah jajahannya daripada tentera kegelapan.

PAHLAWAN LAGENDA – MEMORI HILANG

Novel yang agak ringkas namun padat dengan aksi dan drama, mengisarkan tentang kehidupan remaja yang dilatih di akademi pahlawan untuk melahirkan pahlawan lagenda yang seterusnya. Novel aksi ini merupakan naskah yang cukup menghiburkan dan memberikan banyak unsur pengajaran kepada orang ramai. Tahniah sekali lagi kepada penulis Eyka Aqua atas penghasilan karya yang begitu unik sekali temanya.



ANTASIA SATU PERMULAAN

Novel bertemakan fantasi ini menyelitkaan sedikit unsur-unsur mistik di dalam penceritaannya. Digarap dengan berkesan oleh penulis muda Nurfa, menjadikan plot di dalam novel ini lebih menarik dan terkesan di hati pembaca. Berkisarkan tentang Lucas yang terlibat dalam kemalangan di pusat membeli belah Antasia akibat dari letupan yang kuat telah dihantui rasa sesalnya ke atas wanita yang pernah ditinggalkannya, Luna Lusia.

Jika korang ingin mendapatkan naskah yang hebat dalam kategori fantasi, korang boleh dapatkannya dengan memuat turun aplikasi Novel+ di http://get.novelplus.com.my/tracking/rdt?scode=aznorazizul

0 comments:

Post a Comment