October 06, 2015

KISAH TRAGIS DISEBALIK KISAH DONGENG DISNEY

BY Unknown IN , , , , , , , No comments


Waktu zaman kanak-kanak korang mesti dah terbiasa menonton kisah-kisah dongeng terbitan Disney, kan? Tapi ada tak korang terfikir tentang cerita sedih disebalik kisah-kisah dongeng tersebut. Beberapa orang wartawan cuba menyingkap kisah sebenar di sebalik kisah-kisah dongeng Disney yang selama ini kita tonton. Kebanyakan kisah tersebut selalu berakhir dengan kegembiraan namun pernahkah anda terfikir bahawa kisah sebenar yang tersirat di sebalik kisah dongeng tersebut jauh lebih tragis dari yang kita sangkakan.



SI KERUDUNG MERAH
Versi yang korang biasa baca dan tengok adalah Si Kerudung Merah ini melawat neneknya lalu diganggu oleh serigala yang jahat. Lalu serigala jahat tersebut dibunuh oleh seorang pemburu dan mereka hidup bahagia selamanya. Namun versi asal adalah sangat mengerikan. Nenek tersebut dibaham oleh serigala jadian dan Si Kerudung Merah pula diculik lalu dipaksa untuk memakan daging neneknya sendiri. Lebih malang lagi apabila Si Kerudung Merah itu dicabul dan akhirnya diperkosa oleh serigala tersebut sebelum membahamnya.


PUTERI BERADU
Versi asal cerita ini lebih merujuk kepada dendam sang pari-pari jahat yang ingin membunuh anak raja tersebut kerana meminggirkannya sebagai rakyat jelata. Puteri tersebut mencucuk jari dengan jarum pemintal benang lalu tertidur sebelum seorang putera menciumnya untuk menjagakan puteri tersebut. Awas! Versi asalnya sangat sadis dan bukan cinta semata-mata. Ketika ia sedang beradu, seorang Putera Raja lalu di kawasan itu dan terlihat susuk puteri tersebut. Putera itu akhirnya memperkosa puteri tersebut dan dia akhirnya melahirkan dua orang anak hasil dari insiden tersebut.


CINDERELLA
Boleh dikatakan versi asal cerita yang indah ini sebenarnya cukup mengerikan. Demi untuk mendapatkan putera raja tersebut kedua kakak tirinya sanggup bertindak luar batasan. Seorang kakak tirinya memotong tumit kakinya dan manakala seorang lagi memotong jari kakinya untuk memuatkan kaki mereka ke dalam kasut kaca yang kecil itu. Kemudian burung-burung yang menjadi rakan Cinderella mematuk mata kakak-kakak tiri Cinderella dan menunjukkan darah pada tumit dan jari kaki kakaknya itu. Akhirnya kakak-kakak tiri menjadi pengemis buta berlawanan dengan Cinderella yang hidup mewah.



SNOW WHITE
Ternyata cinta sang putera raja kepada puteri salji ini bukanlah semurni manapun. Kalau korang berkesempatan membaca karya asal, Ratu yang merupakan ibu tiri Snow White telah melalui 3 usaha untuk membunuhnya termasuk menggunakan korset ketat, sisir beracun dan akhir sekali epal beracun. Ketika Snow White lena di atas keranda kaca, seorang putera melewati kawasan tersebut lalu menarik keranda itu bersamanya untuk tujuan yang tidak baik. Akibat goncangan kuda tersebut, akhirnya Snow White terbangun dari tidur. Ibu tirinya pula dipaksa menari sambil memakai sepatu besi yang sangat panas lalu mati.



P.S: Ok ini yang rasa nak baca buku Grimm Brother's ni...

Nota Editor: Lepas baca sila klik  http://bit.ly/1KMtDZy dan layan #novelplus pula



0 comments:

Post a Comment