February 01, 2016

BRAYDEN OLSON, DIKEJAR PARA WANITA KERANA DIANGGAP ‘CHRISTIAN GREY’

BY Unknown IN , , , , , , , , , No comments




Saya tahu ramai dikalangan anda terutama sekali wanita-wanita di sini sudah pun membaca mahupun memiliki naskah novel bercorak erotis “Fifty Shades Of Grey” yang popular daripada Hollywood hasil nukilan penulis yang baru bertapak ddi dalam bidang seni penulisan antarabangsa iaitu E.L James. Novel yang boleh diklasifikasikan sebagai untuk bacaan dewasa dan amat menjolok mata ini telah pun menjadi suatu fenomena di negara lain termasuk juga di Malaysia, kerana rata-rata ramai yang jatuh cinta dengan karakter lelaki utama novel tersebut iaitu ‘Christian Grey’. Lelaki yang dikatakan sempurna pada mata setiap wanita itu ternyata memiliki rahsia yang sangat gelap.

Namun itu hanya karakter di dalam novel sahaja. Namun terkini dunia digemparkan dengan kemunculan seorang tokoh korporat berjaya yang sangat muda dan dikatakan mirip kepada karakter ‘Christian Grey’. Bukan sahaja daripada segi penampilannya malah cara berpakaian dan warna yang sering diperagakannya adalah amat mirip. Jejaka bertuah yang misteri ini iaitu Brayden Olson berasa amat terkejut apabila dirinya disamakan dengan watak di dalam novel tersebut. Berbekalkan wajah yang kacak, wang dan pengaruh, Brayden juga mengakui sering menerima panggilan misteri dari wanita-wanita yang tidak dikenali.

Malah lebih mengejutkan juga, ada yang sanggup terbang untuk bertemu dengannya di Seattle iaitu tempat tinggal jejaka kacak tersebut. Sungguhpun dia pernah juga keluar bertemu janji dengan beberapa wanita yang ingin menemuinya, namun hatinya belum terbuka untuk bercinta. Aset kebanggannya adalah sebuah kereta mewah BMWi8 berbanding watak novel tersebut yang memandu Audi R8. Menguruskan syarikatnya yang bergelar Wilhelm Enterprise, Brayden menjelaskan bahawa dia perlu bekerja keras untuk menaikkan syarikatnya berbanding Christian Grey yang hanya duduk goyang kaki sambil berpoya-poya.

Berbanding dengan watak novel tersebut yang suka berpoya-poya dan mengambil kesempatan pada wanita-wanita yang dikenalinya, Brayden pula lebih cenderung dengan berkempen untuk menghentikan keganasan rumahtangga. Ternyata dia lebih hebat dari Christian Grey, bukan. Jelasnya lagi, kepentingan kebahagiaan sebuah keluarga itu lebih penting daripada segala harta di dunia ini dan dia berbangga melalui populariti yang diraih ini mampu membuka peluang kepadanya untuk meneruskan kempen tersebut dengan lebih giat lagi. So, dah nampak ciri-ciri yang bakal menarik perhatian gadis-gadis di luar sana bukan?

Untuk nikmati lebih banyak novel-novel cinta yang hot, seksi dan melting jom kita layan di http://get.novelplus.co/?c=jnm444

0 comments:

Post a Comment