January 14, 2016

PILIHAN PEMBACA: SELEKSI NOVEL TERBARU JANUARI 2016

BY Unknown IN , , , , , , , , , , No comments

Nampaknya ramai penulis muda tanahair semakin giat menghasilkan karya-karya yang menarik untuk dihidangkan kepada pembaca umumnya remaja. Bakat yang dikurniakan tidak dipersiakan begitu sahaja. Begitulah penulis muda dewasa ini, kebanyakan memiliki bakat yang luarbiasa dalam bidang penulisan dan amat membanggakan apabila mereka dapat melahirkan sebuah karya yang bermutu pada usia yang sangat muda. Begitu juga kami di NovelPlus amat mengalu-alukan penulis-penulis muda yang berbekat untuk bersama kami membawa karya novel Melayu ke satu tahap yang lebih tinggi dan membanggakan. Dengan hadirnya tahun 2016 ini lebih banyak novel-novel menarik hasil nukilan penulis kembali membanjiri aplikasi kami. Berikut adalah beberapa pilihan novel menarik sepanjang bulan Januari ini. 


Kisah mistik yang melanda sebuah hospital yang dihantui oleh roh wanita. Kesemua watak utama di dalam novel tersebut telah terserempak dengan roh wanita dalam pelbagai bentuk. Mengapa roh itu mengganggu mereka pula? Apa yang sebenarnya diingini oleh roh-roh tersebut? Apakah pula hubungkait antara mereka yang telah mati itu dengan mereka yang masih hidup ini? Segalanya nanti bakal terjawab dalam novel “Siapa Perempuan Itu”. Ingat, baca novel ini dengan lampu terpasang dan jangan biarkan diri anda berseorangan ketika membaca novel ini. 


Cerita berkonsepkan drama kekeluargaan ini pula berkisarkan hidup Kamal yang meronta untuk dibenarkan menjalani hidup sebagai kanak-kanak normal dan bersekolah seperti biasa. Namun harapannya itu terbantut apabila ayahnya pula menghalang kemahuannya itu. Segalanya gara-gara abangnya yang ditangkap polis kerana dituduh mencuri maka ayahnya telah menguburkan niat itu kerana malu. Apakah kesudahan kisah hidup dua beradik ini? Dapatkah abangnya membuktikan bahawa dirinya tidak bersalah? 


Novel mistik dan thriller yang mengisahkan Aminah, seorang wanita yang baru sahaja kematian tunangnya telah dihantui oleh roh tunangnya yang dikatakan tidak aman dan ingin membalas dendam. Puas keluarganya cuba untuk membantunya namun tiada yang berjaya membebaskannya daripada dihantui oleh roh tersebut. Malah roh tunangnya itu berkeras menuduh Aminah yang membunuhnya. Apakah benar Aminah yang bertanggungjawab di atas kematian tunangnya itu ataupun sekadar halusinasi semata-mata? 


Novel yang sarat dengan mesej kekeluargaan dan kemanusiaan ini mengisahkan tentang Atan yang kerap dibuli ketika di sekolahnya dan perihal dirinya yang tidak berbapa itu menjadi bahan usikan rakan-rakan di sekolahnya. Namun kesabaran Atan melebihi segalanya dan dia berusaha untuk menempuhi hidup dengan penuh redha dan percaya suatu hari akan ada sinar untuknya. Namun berjayakah Atan untuk membuktikan kemampuan dirinya kepada mereka yang sering merendah-rendahkannya? 


Jika korang berminat dengan novel berbentuk drama dan biografi, ini mungkin adalah yang patut korang baca kerana sarat dengan drama dan mesej yang mendalam. Novel ini mengisarkan tentang perjalanan hidup seorang bintang filem daripada sebelum dia menjadi popular dan mengikuti susah payah beliau sebelum berjaya menempa nama dalam industri hiburan. Namun terdapat unsur-unsur nasihat yang diselitkan dan turut berguna buat para pembaca juga. Persoalannya dapatkah populariti beliau bertahan dengan arus dunia hiburan yang penuh cabaran kini? 

0 comments:

Post a Comment