January 18, 2016

5 NOVEL SERAM INDIE YANG BAKAL BUAT ANDA HISTERIA

BY Unknown IN , , , , , , , , , , No comments

Malaysia tidak pernah suram dengan bakat penulis muda terutama sekali dalam genre seram kerana mereka memiliki kebebasan dalam mengekspresikan diri mereka yang sebenar melaluinya. Tidak kurang juga yang berjaya menghasilkan karya-karya seram yang sememangnya mampu meremangkan bulu roma pembaca yang membacanya. Dengan itu kepada peminat-peminat genre seram, berikut adalah koleksi novel seram terbaru yang bakal membuatkan anda histeria:


ZON SERAM

Kepada yang meminati siri kisah pendek dan antologi seram pasti akan berpuas hati dengan naskah ini kerana setiap bab mempunyai ceritanya yang tersendiri. Kalau anda peminat setia siri seram yang diselitkan unsur komedi, novel ini memang sangat sesuai untuk anda. Ramai yang lebih berminat dengan cerita seram yang ringan kerana takut terbawa-bawa hingga ke tidur.


CERITA SERAM AKU

Masih lagi mengekalkan genre seram yang ringan namun digarap dengan lebih teliti. Terdapat beberapa kisah yang menarik dan ada yang mempunyai kesinambungan antara satu dengan yang lain. Naskah ini boleh dikatakan lebih berat berbanding “Zon Seram” kerana pengolahannya yang lebih ganas. Sesuai untuk peminat fanatik naskah seram yang lebih extreme.


BYE

Jika anda penggemar genre seram yang berkenaan mitos dan lagenda bandar, naskah ini paling sesuai untuk memberikan anda ketakutan hingga ke tahap maksimum. Berkisarkan kejadian pembunuhan di sebuah sekolah, lagenda seorang budak perempuan yang dibunuh hidup kembali untuk membalas dendam menjadi kenyataan apa seorang demi seorang ditemui mati dalam keadaan yang mengerikan.


SURYA

Menggunakan pendekatan yang mirip dengan filem kontroversi dari Hollywood “The Exorcist”, naskah ini menampilkan watak utama Surya yang menderita akibat dirasuk saka yang diturunkan dalam keluarganya sehingga memaksa dia untuk memiliki kuasa tersebut. Kisah seram yang agak mendebarkan dan bakal membuat anda menjerit ketakutan kerana setiap babak punya unsur seram yang tersendiri.


JANGAN BACA NOVEL INI

Ismi Fa Ismail tidak pernah mengecewakan pembaca dalam menghasilkan karya-karya yang bercorak seram dan thriller. Novel seram ini dikatakan sangat bermisteri dan apabila membacanya anda akan terasa seperti anda juga sebahagian daripada jalan cerita ini. Setiap watak diolah dengan begitu baik dan garapan yang cemerlang pada jalan ceritanya menjadikan pembaca sering tertanya-tanya akan kesudahan kisah tersebut.

Setiap peminat novel seram wajib membaca novel-novel dari koleksi di atas kerana selain memberikan kepuasan, anda juga dapat mempelajari sesuatu daripadanya. Adakah anda akan membaca ketika lampu terpasang di waktu malam ataupun dengan lampu suluh sambil menyorok di dalam selimut anda? Muat turun segera aplikasi NovelPlus untuk menikmati sajian novel tanpa had!




0 comments:

Post a Comment