Kopi selalunya korang akan ambil bila rasa ngantuk kan? Tapi sebenarnya ada banyak cara lagi untuk korang nikmati kopi korang, bukan hanya untuk hilangkan ngantuk saja. Nikmat yang ada dalam kopi itu adalah aroma yang dihasilkan daripada kopi itu ketika panas. Tahap kepahitan dan kepekatan sesuatu kopi itu dibezakan untuk menunjukkan kualiti kopi yang sebenar. Biasanya kopi yang dinikmati secara umum di Malaysia adalah lebih ringan berbanding dengan kopi yang dihidangkan di sesetengah negara lain di Asia. Jadi sambil korang duduk dekat rumah layan NovelPlus tu bolehlah cuba beberapa resipi berikut!
SEBAGAI ADUNAN TIRAMISU
Kalau korang perasan, setiap kali bila korang makan kek tiramisu tu mesti korang akan rasa sedikit kepahitan di situ. Sebenarnya tiramisu itu bukanlah keseluruhannya coklat sebaliknya ada satu lapisan yang sebenarnya ditaburkan serbuk kopi untuk menghasilkan perasa yang seimbang dalam penghasilan satu-satu kek perisa tiramisu. Tiramisu ini sewaktu permulaan kemunculannya sudah menjadi kegilaan ramai kerana kebanyakan orang mengaikan tiramisu itu dengan simbolik mengenai ‘cinta’.
GABUNGAN BERSAMA AIS KRIM
Meskipun trend ini jarang-jarang sekali kita lakukan namun hasilnya amatlah mengagumkan. Kalau korang tak percaya bolehlah korang cuba sendiri dekat rumah mesti nanti akan jadi ‘addictive’. Aroma kopi dan rasa pahitnya itu digabungkan dengan rasa lemak berkrim ais krim vanilla itu benar-benar boleh membuat anda mahukannya lagi. Satu kombinasi yang cukup sempurna. Lagipun inilah pemanis mulut yang paling jimat sebab korang boleh buat sendiri di rumah.
NIKMATI SEBAGAI LATTE, CAPPUCINO & EXPRESSO
Gaya minuman orang-orang dari Perancis, kan? Pencinta kopi tidak perlu hanya bergantung kepada satu jenis kopi semata-mata. Cuba nikmati kopi anda dalam bentuk adunan latte, cappuccino & expresso, selain aroma yang lebih memikat anda juga dapat mengalami suatu perasaan yang berlainan sebaik sahaja anda meminum seteguk dua. Sekali sekala anda boleh juga ubah gaya minum anda umpama aristokrat terkenal dari Perancis.
SEBAGAI PEWARNA UNTUK LUKISAN
Mungkin ini kedengaran agak gila pada korang tetapi perkara ini memang pernah dibuat orang sebelum ini. Melalui satu blog itu, artis tersebut telah melakar dan mewarnai lukisannya hanya menggunakan air kopi. Dan kebanyakan lukisannya pula benar-benar popular dan laku di pasaran. Sememangnya seni kreatif tidak boleh dibataskan dengan apa sahaja. Kalau korang nak tahu menjadi ke tidak cuba korang yang try sendiri dekat rumah.
KEK CAWAN
Begitu jika dapat merasa kek cawan yang diselaputi oleh krim keju, sos coklat dan mentega kacang. Namun pernahkah anda terfikir bahawa kopi juga sesuai untuk menggantikan coklat pada kek tersebut. Selain sebagai penambah perisa, kopi memberikan aroma yang begitu unik kepada kek tersebut. Penggunaan kopi juga dapat mengurangkan penggunaan coklat kerana bagi mereka yang mengidap diabetes, ini boleh memberikan rasa yang kurang manis kepada kek tersebut dan menjadikan hidangan tersebut lebih sihat untuk dimakan.
Dah dapat inspirasi dari post ini tadi? Bagus, sekarang korang boleh cuba buat sendiri sambil layan novel-novel yang best di NovelPlus! Muat turun segera di
0 comments:
Post a Comment