January 12, 2016

REVIEW NOVEL "PILOT" DAH UP!

BY Unknown IN , , , , , , , , No comments


Kalau sebelum ini ramai yang melalui fasa kegilaan novel-novel dan drama yang berkisarkan kehidupan rumahtangga juruterbang semenjak kemunculan demam drama adaptasi novel “Rindu Awak 200%” hasil lakonan mantap Ayda Jebat dan Zul Ariffin, kini datang lagi sebuah novel yang turut mengambil latarbelakang yang sama Cuma menggunakan pendekatan yang agak berlainan dalam melicinkan plot cerita “Pilot” ini. MyyNasir bijak mengolah jalan cerita yang pada mulanya kelihatan agak simple dan straight to the point kepada klimaks yang sarat dengan konflik-konflik ringan. Ini membuatkan pembaca tidak jemu malah menjadikan pengikut setia tertunggu-tunggu akan kesudahan jalan cerita ini. 

Bagi admin, “Pilot” cukup segala rencahnya. Mungkin tidak menyamai “Rindu Awak 200%” namun “Pilot” punya kelebihan yang tersendiri. Watak Afiel digarap dengan teliti untuk tidak menonjolkan sedikit pun kelemahannya. Aura juruterbang wanita yang tabah, tegas dan berkeyakinan terpancar dalam setiap babak untuk mengetengahkan Afiel sebagai watak wanita utama yang boleh dicontohi dan membuatkan pembaca turut teruja untuk menantikan apa yang terjadi pada Afiel seterusnya. Watak utama lelaki cerita ini iaitu Faeiq bula digambarkan mempunyai personaliti yang cukup menarik, kelakar dan mempunyai ciri-ciri yang hampir sama dengan Zill Faezrul dari “Rindu Awak 200%”. Ini membuatkan pembaca teruja dengan aksi dan babak Faeiq yang boleh dikatakan agak bersahaja penceritaannya. 

Admin boleh rasakan ketegangan hubungan antara Afiel dan Faeiq dengan cara penceritaan MyyNasir yang cukup santai dan pengolahan yang ringkas tapi padat. Secara ringkas boleh dikatakan “Pilot” sudah boleh berdiri sama tinggi dengan karya lain yang telah pun diangkat menjadi adaptasi drama televisyen yang lain. Penggunaan bahasa yang santai dan penceritaan yang bersahaja membuatkan novel ini mudah untuk diterima dan dicerna oleh pembaca. Agak ramai juga peminat novel ini setelah seminggu bersiaran di Novel+. Dengan pengikut yang ramai admin dapat jangkakan novel “Pilot” ini bakal mendapat sambutan yang hangat malah mungkin suatu masa nanti bakal menjadi fenomena dalam dunia penulisan indie. Untuk membacanya, muat turun aplikasi Novel+ di Google Play atau App Store dengan klik pada link ini http://get.novelplus.co/?c=jnm444

0 comments:

Post a Comment