January 11, 2016

REVIEW NOVEL "AKU DAN MR LUKE"

BY Unknown IN , , , , , No comments



Isnin bermula sekali lagi dan ketika ini matahari mulai perlahan-lahan ingin menyorokkan diri dan suasana petang yang indah ini cukup mendamaikan jiwa sesiapa sahaja yang mengamatinya. Kalau pekena kopi o secawan dan cucur udang mesti terangkat punya la. Ada yang sedang bersiap sedia untuk pulang ke rumah dan ada juga yang mengambil peluang untuk bersantai di kafe kegemaran masing-masing sambil menikmati cuaca redup yang damai petang ini. Namun kepada peminat novel, anda tentu tertanya-tanya apakah novel yang best kini untuk dibaca di kala menghayati suasana petang yang dingin ini.

Novel “Aku Dan Mr Luke” sebuah novel nukilan penulis muda berbakat Ancliste, yang mana pada admin konsep yang diketengahkan cukup santai dan mencuit hati. Walaupun bersandarkan konsep komedi romantik, namun penulis berjaya menghidupkan watak Luqman atau lebih mesra dikenali dengan nama Luke dan juga Ain, wanita yang menjadi pilihan Luke. Dinamiknya kisah percintaan mereka ini adalah kerana keegoan masing-masing. Saling tidak mahu mengalah antara satu dengan yang lain. Makin Luke cuba mengusik Ain, semakin keras hati Ain dan semakin sukar untuk Luke memenangi hatinya.

Garapan yang santai pada watak setiap karakter-karakter yang mewarnai “Aku Dan Mr Luke” telah sedikit sebanyak berjaya menghidupkan nuansa dan suasana komedi di dalam novel selain memberikan impak kepada jalan cerita. Memandangkan kini kebanyakan jalan cerita novel Melayu yang sering berkisarkan isu yang serupa seperti kahwin paksa dan percintaan dihalang orang tua, admin agak kagum bagaimana penulis berjaya lari dari tipikal nuansa novel Melayu. Masih mengekalkan ciri-ciri Melayu di dalam novel namun tidak begitu terikat dengan trend terkini.

“Aku Dan Mr Luke” sebuah naskah yang baik dan tak jemu untuk dibaca berulang kali. Memiliki mesej yang tersendiri untuk para pembaca di samping memberikan suatu kepuasan kepada penggemar novel-novel ringan yang berunsurkan romantis dan komedi. Selain sarat dengan ilmu yang berguna, “Aku Dan Mr Luke” juga boleh dijadikan suatu hiburan yang mencuit hati dan segala tekanan dapat dihilangkan hanya dengan memanfaatkan sedikit masa membaca serta menikmati novel tersebut.

Ingin mengikuti kisah ini dengan lebih lanjut? Muat turun segera aplikasi Novel+ di
http://get.novelplus.co/?c=jnm444

0 comments:

Post a Comment