February 28, 2016

AKU SUDAH JATUH CINTA, ADA MAKSUD YANG TERSIRAT

BY Unknown IN , , , , , , , , , , No comments


Memang benar cinta itu cukup mengasyikkan. Cinta juga boleh membuatkan kita gelisah setiap masa. Cinta juga tidak kurang mampu membuat kita menderita seketika. Sesungguhnya cinta itu mempunyai pelbagai rasa sama juga bila kita minum di Starbuck, ada kopi yang punya pelbagai rasa yang boleh kadangkala melekakan kita. Cinta juga mengajar kita erti persahabatan, kesetiaan dan kesabaran dalam mengharungi kehidupan. Patah, tumbuh dan yang hilang akan berganti namun rasa cinta itu tetap akan subur di dalam hati. Macam-macam peribahasalah orang sekarang guna tapi yang admin tahu, cinta itu mengajar kita tentang kehidupan.

Begitu juga dengan novel hasil garapan NMRA iaitu "Aku Dah Jatuh Cinta". Melalui tajuknya jika sekilas pandangan ramai akan menganggap ia sekadar kisah cinta komedi yang biasa mereka baca di toko-toko buku berdekatan. Sekadar pertemuan antara hero dan heroin dan kemudian mereka akan jatuh cinta. Diselitkan pula adegan tarik tali antara mereka maka jadilah sebuah kisah cinta komedi yang selalu disajikan kepada kita saban waktu. Namun ternyata apa yang cuba diketengahkan oleh penulis cukup berbeza sama sekali dengan tekaan kita semua. "Aku Sudah Jatuh Cinta" bukan hanya kisah cinta yang biasa namun sarat dengan mesej tersendiri.

Kisah antara Ikhwan dan Zulaikha adalah amat biasa. Mereka hanyalah dua insan yang ditakdirkan saling menyukai antara satu dengan yang lain. Namun kisahnya tidak tamat hanya di situ. Zulaikha seorang gadis yang kasar dan keras kepala. Ternyata bukan mudah untuk Ikhwan memenangi hati Zulaikha hanya dengan kata-kata. Dengan kesabaran yang tinggi, Ikhwan akhirnya berjaya meleburkan tembok yang dibina oleh Zulaikha. Zulaikha menjadi keras hati pun adalah kerana penderitaan yang dialaminya ketika kecil. Apabila ayah tirinya enggan melayuannya seperti anaknya sendiri dan itu telah membawa kepada perubahan sikapnya yang mendadak.

Cukup jika admin katakan disini, sejujurnya "Aku Sudah Jatuh Cinta" ini bukanlah naskah yang kebiasaannya disajikan terhadap pembaca kerana ia memiliki mesej yang tersirat lebih dari itu. Ia bukanlah sekadar kisah cinta yang mempunyai penamat yang indah dan bukan juga seperti kisah dongeng namun kisah yang dipertaruhkan oleh NMRA ini memberikan sedikit pengajaran kepada pembaca keseluruhannya dan memberikan justifikasi maksud dan erti cinta yang sebenar. Untuk mengikuti dengan lebih lanjut mengenai novel ini, korang bolehlah memuat turun aplikasi NovelPlus di sini MUAT TURUN SEGERA

0 comments:

Post a Comment