February 29, 2016

SELEKSI PILIHAN NOVEL TERBARU JANUARI 2016

BY Unknown IN , , , , , , , , , No comments


Helo semua!

Ada yang dah tak sabar-sabar nak mencari apakah siri-siri novel terbaru yang patut dibaca hendaknya ketika cuti persekolahan akan bermula tidak lama lagi. Apa lagi yang akan menyibukkan remaja-remaja sekarang jika bukan dengan membaca novel-novel terkini. Bukan mudah untuk mendapat masa yang berkualiti bersama anak-anak ketika ini terutamanya semenjak penularan budaya sosial yang tidak terbendung. Oleh itu daripada membiarkan mereka melepak merata-rata bersama rakan sebaya, tidak salah jika kita cuba semaikan budaya membaca terhadap mereka ketika awal usia muda ini.

Oleh itu di sini admin telah pilih beberapa novel keluaran terbaru yang bersiaran mulai Februari ini di NovelPlus, untuk menjadi tatapan pembaca sekalian yang sentiasa inginkan sesuatu yang segar sebagai bahan bacaan. Bahan bacaan yang kami pilih ini adalah berdasarkan kualiti isi kandungan novel tersebut di samping tema yang ditampilkan juga cukup memikat hati admin sendiri. Jadi di sini merupakan pilihan novel-novel terkini untuk dinikmati ketika kedatangan cuti sekolah yang akan tiba nanti.


12 BULAN MENCIPTA CINTA

Perkahwinan yang dirancang antara Afifah dan Faris diterima dengan hati yang redha namun tidak pula bagi Faris. Gadis yang sepatutnya mengahwininya hari ini iaitu Afiyah telah melarikan diri bersama lelaki lain. Mampukah Afifah sebagai kembar kepada Afiyah memenangi hati Faris yang keras itu? Adakah Faris akan menerima Afifah sebagai pengganti seri hidupnya dan adakah nanti Afiyah bakal kembali untuk menuntut haknya?


AKU SUDAH JATUH CINTA

Jatuh cinta itu memang mudah namun apakah kamu percaya pada cinta tersebut. Ikhwan dan Zulaikha masing-masing punya ego yang tersendiri. Namun Ikhwan telah jatuh cinta pada Zulaikha malangnya Zulaikha pula sering bermain tarik tali sehingga kadangkala turut mencalarkan keegoan Ikhwan. Namun mampukah kesabaran Ikhwan meleburkan tembok yang dibina oleh Zulaikha sejak bertahun-tahun itu hanya dengan lafaz ikrar cinta.


BOTOL

Kisah yang cukup sadis mengenai liku-liku kehidupan seorang penjenayah wanita yang sudah lama bergelumang dengan dosa. Kekejaman yang dilakukannya bisa melangkaui batas kemanusiaan sehingga mengheretnya ke lembah yang lebih hina lagi. Bermula dari satu kekejaman yang dilakukannya membawa kepada kekejaman yang lain, tiada apa lagi yang dapat membawanya ke jalan kembali, seolah-olah tiada harapan untuknya lagi.


AMELIA

Bukan cinta biasa, itulah yang diungkapkan oleh penulis apabila bercerita tentang Amelia. Seorang gadis rupawan yang langsung tiada cacat celanya, menjadi igauan si penulis sehingga sering memuja-muja kecantikannya dan sering juga berangan-angan ingin memilikinya. Ternyata Amelia tidak mudah didampingi dan bukanlah mudah bagi si penulis untuk mendapatkannya. Persoalannya, apakah yang bakal terjadi antara si penulis dan Amelia, gadis pujaannya itu.


BABYSITTER YANG TERBAIK

Bukan mudah nak menjaga kanak-kanak apatah lagi sebagai babysitter yang baik kerana sesungguhnya tugas itu bukanlah mudah. Namun Zara memilih pekerjaan ini kerana dengan tujuan ingin menimba pengalaman. Pelbagai ragam dan kerenah yang dilaluinya ketika menjadi babysitter di rumah Adam, lelaki yang merupakan anak kepada tuan rumah di situ. Adakah akan muncul bibit-bibit cinta antara mereka nanti?

0 comments:

Post a Comment