February 18, 2016

KUCING PENEMAN DAN PENCETUS ILHAM PENULIS

BY Unknown IN , , , , , , , , , , No comments



Ramai yang mengatakannya namun admin agak sukar nak percaya kesahihannya. Benarkah penulis novel ini selalunya penyayang dengan haiwan terutamanya kucing. Banyak juga perkaitan yang disebarkan melalui laman-laman sosial mengenai kemungkinan tersebut. Jadi persoalan kita sekarang, adakah benar novelis-novelis ini penggemar kucing? Ini pernah disebutkan oleh seorang rakan penulis yang menjadi teman sembang di laman sosial dan dia mengakui mempunyai hubungan yang cukup rapat dengan kucing. Baginya kucing merupakan temannya yang selalu setia bersamanya di kala sunyi. Kalau anda melawat laman Facebook kepunyaan beliau, sebahagian besar adalah perkongsian berkenaan kucing yang dipeliharanya.

Jika dilihat chemistry anda kucing dan manusia memang tidak boleh dinafikan sebenarnya dalam diam juga, kucing lebih memahami manusia lebih dari manusia itu sendiri. Ramai penulis menjadikan kucing sebagai peneman ketika berseorangan menyiapkan manuskrip yang tertangguh. Ada yang juga yang menjadikan kucing mereka sebagai sumber inspirasi dan tidak kurang juga yang turut memasukkan haiwan kesayangan mereka ini sebagai salah satu karakter di dalam novel mereka. Betapa kuatnya hubungan antara penulis dengan haiwan yang bernama kucing ini. Sungguh rapat hinggakan tidak dapat dipisahkan. Ada penulis yang ketandusan idea jika kehilangan kucing kesayangan mereka.

Namun setelah diamati, memang ada kebenarannya mengenai perhubungan rapat antara penulis dan kucing ini kerana melalui tinjauan yang dibuat baru-baru ini oleh admin sendiri, ternyata hampir 70% golongan penulis ini sememang peminat tegar kucing dan ada yang membela lebih daripada seekor. Bagii mereka, kucing ini terlalu comel dan dengan menatap wajah mereka sahaja, pelbagai ilham akan muncul dan ramai juga yang menjadikan kucing ini tempat untuk mereka mencurahkan isi hati dan harapan kerana kucing kerap memberikan reaksi yang menyejukkan hati tuan mereka. Jadi ramai penulis lebih gemar untuk menghabiskan masa mereka bersama haiwan ini setelah selesai menyiapkan manuskrip mereka.

0 comments:

Post a Comment