June 21, 2016

5 PERKARA MENARIK YANG BAKAL BERLAKU RAYA TAHUN INI

BY Unknown IN , , , , , , , , , , , No comments

Selang beberapa minggu lagi, umat Islam seluruh dunia akan mula bergembira menyambut kedatangan bulan Syawal demi meraikan hari lebaran yang sangat dinantikan setelah genap sebulan berpuasa menahan lapar dan dahaga. Kemeriahannya juga sudah semakin dirasai menjelang beberapa hari sahaja lagi dan persiapan raya juga sudah semakin galak dijalankan oleh sanak saudara dan jiran tetangga untuk menyambut Aidilfitri yang dinanti. Di ketika inilah sanak saudara dan handai taulan dari jauh dan dekat bakal datang berkumpul. Datangnya pula bukan selalu, cuma setahun sekali sahaja.

Di hari kemenangan ini, korang pasti akan perasan beberapa perkara yang hanya terjadi ketika di hari raya sahaja. Maklumlah memandangkan tahun 2016 ini penuh dengan trend yang pelbagai baik dari segi pemakaian, budaya, teknologi, hiburan mahupun makanan, maka tidak hairanlah jika Aidilfitri nanti kita bakal dikejutkan dengan beberapa kelaziman yang bakal menerima suntikan nafas baru akibat dari pengaruh trend-trend yang menular dari media sosial ini. Admin dah dapat agak yang beberapa perkara ini mungkin akan terjadi ketika menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi.


1. BERKONGSI JALANRAYA DENGAN HAIWAN

Semenjak dua menjak ni kalau korang perhatikan betul-betul dah kecoh dekat laman sosial apabila adalah hamba Allah tu post pula video mengenai binatang-binatang yang terlepas lalu turut sama berlari di jalanraya bersama kesesakan lalulintas yang hampir tak terkawal. Mula-mula tu burung unta, lepas tu kuda dan yang terbaru khinzir yang mengikuti lorong kecemasan ketika mengharungi lalulintas yang sedang sibuk. Tidak hairan kalau kita juga perlu bertolak-ansur dengan haiwan lain ketika pulang beraya di kampung nanti.


2. KEGILAAN LAGU RAYA KEMBALI

Sudah hampir beberapa tahun kita agak sunyi dari mendengarkan lagu-lagu raya yang boleh mencapai tahai malar segar. Yang terbaru pun pernah mencapai tahap popular adalah pada tahun 2003 yang merupakan ciptaan komposer terkenal Pak Ngah dan dinyanyikan oleh artis nombor satu Malaysia iaitu Dato Siti Nurhaliza, "Anugerah Aidilfitri". Namun kebelakangan ini korang pasti bakal merasai suasana raya itu lebih hebat lagi apabila Dato Siti dan Pak Ngah kembali dengan buah tangan terbaru berjudul "Hari Kemenangan".


3. LAMBAKAN DRAMA ADAPTASI RAYA 

Semakin hari semakin banyak drama adaptasi novel yang dihasilkan untuk memuaskan hati penonton yang gilakan drama-drama Melayu dalam slot Akasia tersebut. Boleh dikatakan saban hari setiap novel yang diterbitkan oleh syarikat-syarikat penerbitan novel akan disusuli oleh drama mahupun filem adaptasi, tak salah sebenarnya tapi inilah trend yang admin katakan. Jangan terkejut jika raya ini korang bakal dihidangkan dengan drama adaptasi novel edisi khas raya pulak!


4. SAMBUTAN RAYA SERBA MEWAH BAGAI PRINCESS

Kalau korang periksa internet sekarang ni kecoh diperkatakan di laman sosial berkenaan dengan pasangan instagrammers terkenal yang mempamerkan kemewahan menyambut hari lahir dan dilayan bagai princess oleh si teman lelakinya itu. Ramai juga yang mengecam berbanding yang memuji dan admin tak ingin nak masuk campur hal mereka sebab tiada kena-mengena pun. Cuma jangan hairan nanti bila ramai yang berlumba-lumba untuk mempamerkan sambutan raya yang serba mewah di laman sosial nanti!


5. BERKONGSI TENTANG NOVELPLUS BERSAMA GENG NOVEL

Berkumpul bersama di pagi raya adalah kemestian dan rutin yang kerapkali dilakukan saban tahun. Namun kali ini tentu akan muncul geng novel yang berkumpul sama di pagi raya sambil bertukar-tukar idea dan novel. Memandangkan aplikasi NovelPlus semakin popular kini, tentu sekali geng-geng novel tidak akan melepaskan peluang untuk berkongsi mengenai kehebatan aplikasi ini. Malah tentu ramai novelis yang ingin menunjukkan kepada sahabat handai dan saudara tentang karya mereka di NovelPlus!


0 comments:

Post a Comment