March 03, 2016

NOVELPLUS KINI DI TANGGA PERTAMA GOOGLE PLAY!

BY Unknown IN , , , , , , , No comments



Ramai yang pernah berkata bahawa kami tak mampu. Ada juga yang masih skeptikal barangkali dengan kemampuan kami. Namun itu bukanlah perkara yang mampu mematahkan semangat kami. NovelPlus baru sahaja beberapa bulan menebarkan sayap dalam dunia penerbitan novel digital dan sesungguhnya, perjalanan itu tidak mudah. Banyak dugaan dan liku yang harus kami tempuh sebelum mencapai ke tahap di mana kami berada semalam. Namun apabila segala yang diusahakan itu berhasil ia akan memberikan suatu kemanisan yang tak dapat dihitung hanya melalui kata-kata.

Atas sokongan para novelis yang tidak jemu-jemu menghantar karya mereka kepada kami untuk disiarkan dan juga pembaca yang sering memuat turun aplikasi kami ke telefon pintar anda, koranglah pembakar semangat kami dan menjadi titik tolak kepada kejayaan kami. Bermula dengan berada pada kedudukan bawah 400 di Google Play akhirnya kami, mengengsot, mendaki dan merangkak hingga kami berjaya tiba di Top3. Akhirnya hari ini kami berjaya berada di kedudukan teratas mengalahkan pelopor-pelopor penerbitan digital yang lain seperti IReader dan Wattpad.

Sekali lagi warga NovelPlus ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua penyokong kami tidak kira yang berada di Malaysia, Brunei, Singapura dan mahupun Indonesia sekalipun. Sesungguhnya sokongan anda adalah amat kami hargai dan tanpa anda semua siapalah kami. Teruskan sokongan anda dan untuk akhir kata bila teringat nak membaca novel, jom pakat-pakat kita download NovelPlus! 



0 comments:

Post a Comment