April 25, 2016

IN LOVE WITH A FIRST WORD - REVOLUSI PENULISAN BERASASKAN TEMA KPOP

BY Unknown IN , , , , , , , , , , , , , No comments



Dewasa ini , semakin banyak wujud penulisan yang berorientasikan budaya KPop dan tidak kurang juga wujud fanfic yang berleluasa membabitkan kumpulan-kumpulan Kpop terkenal. Namun mampukah ini membantu menaikkan mutu penulisan tempatan yang ketika ini masih lagi di tahap sederhana jika dibandingkan dengan dunia luar. Namun begitu perubahan ini dijangka dapat memberikan suatu perubahan yang baik kepada dunia penulisan kerana memberikan suatu bahan yang segar dan lari dari cerita klise yang kerap kali dihidangkan kepada pembaca.

Admin cukup tertarik dengan novel bercorak antologi cerita-cerita pendek yang dikarang oleh penulis cilik yang boleh dianggap berkaliber iaitu Ayrash Edryanna kerana berjaya menghasilkan set cerita-cerita pendek yang cukup menghiburkan. Walaupun kebanyakan watak-watak yang digunakan di dalam novel ini adalah diadaptasi daripada kumpulan popular Korea, admin yakin bahan yang diolah beliau mampu untuk menarik ramai pembaca muda yang sentiasa inginkan plot yang segar dan sesuatu yang menarik. Tambahan pula, kebanyakan novel Melayu dipasaran sekarang boleh dikatakan agak berat dan meleret dan mungkin sesetengah pembaca muda sukar untuk menghadamnya.

Novel berjudul "In Love With A First Word" ini hanya melibatkan satu tema iaitu cinta dan perasaan namun pelbagai elemen yang menghiburkan turut dipupuk bersama sepanjang penceritaan menyebabkan pembaca turut terhibur dengan gelagat dan kisah cinta antara watak-watak yang terlibat. Sejurus setelah anda mula sahaja membaca mukasurat pertama, admin pasti anda akan tertarik untuk meneruskan pembacaan hingga ke muka terakhir. Ada juga sedikit elemen komedi ringan yang dimuatkan bersama untuk memberi rencah kepada cerita tersebut.

Untuk itu admin amat suka untuk merekomenkan novel ini kepada semua kerana bagi yang ingin lari dari novel Melayu yang agak klise, novel ini amat sesuai kerana sambil anda boleh melayan perasaan dengan kisah cinta penuh melankolik versi Korea ini, anda juga boleh turut sama terhibur sambil bergelak tawa dengan komedi ringan yang disajikan di dalam novel ini. So tunggu apa lagi jom segera install NovelPlus untuk dapatkan kesudahan kisah yang menarik ini, dijamin anda akan berpuas hati dan terus ingin lagi!

0 comments:

Post a Comment