April 20, 2016

REVIEW NOVEL: "AKU" MENDEDAHKAN TRAGISNYA HIDUP SEORANG WANITA

BY Unknown IN , , , , , , , , , , , , , No comments



Ramai kata waktu muda adalah masa untuk menempuh segalanya. Merasai asam garam kehidupan itu sudah semestinya, namun adakah kita benar-benar sudah bersedia untuk semua itu? Hidup ini penuh dengan warna dan sekiranya baik warnanya itu maka baiklah hasilnya nanti. Begitu juga anak muda yang diibaratkan seperti kain putih, jika baik caranya dicorakkan maka baiklah hasilnya nanti. Namun godaan dunia luar kadangkala cukup melalaikan insan-insan muda dan kerap juga mereka terjebaak kerana pengaruh rakan sebaya mahupun media sosial.

Inilah kisah yang ingin ditonjolkan sedikit sebanyak dalam novel yang boleh diklasifikasikan sebagai agak menjolok mata ini iaitu "AKU" kerana ia banyak menceritakan kisah pahit seorang gadis muda yang hanya dikenali sebagai Chiqa yang pada usianya yang terlalu muda telah didedahkan dengan dunia jalanan, berpeleseran di lorong-lorong yang menjijikkan sambil melayani kehidupan malamnya yang penuh noda. Baginya ilmu agama tolak tepi yang ada ditangannya hanyalah botol arak dan rokok yang berasap sebagai penemannya di kala sunyi.

Namun kejadian yang tidak disangka-sangka telah menemukannya dengan seorang lelaki yang bergelar Luqman Daniel. Malangnya Luqman Daniel mengambil kesempatan menodai Chiqa hingga ia berterusan menjadi igauan ngeri dalam hidup gadis itu. Perasaan ingin tahu telah menyebabkan Chiqa menurutkan hatinya untuk menjejak lelaki tersebut sehingga mereka dipertemukan kembali dalam keadaan yang tidak disangka-sangka. Namun mampukah mereka mengecapi bahagia apabila kehidupan lampau Chiqa itu kembali menghantui mereka berdua?

Novel "AKU" ini banyak mengajar tentang erti cinta sebenar dan teladan yang meskipun pahit namun punya kebenaran yang tersendiri. Bagaimana lelaki harus menghormati seorang wanita walau apa pun status dan latarbelakangnya. Penulis juga berjaya memberikan pengajaran yang baik kepada semua wanita muda di luar sana agar mereka dapat menjaga diri dan secara tidak langsung mengurangkan lagi kejadian dan kes rogol yang seringkali terjadi dewasa ini. Ikuti selanjutnya kisah yang cukup menyayat hati ini dalam -

0 comments:

Post a Comment