May 06, 2016

REVIEW NOVEL: "JODOH TERPAKSA CINTA MERELA" ADAKAH CINTA HANYA SEKADAR SANDARAN

BY Unknown IN , , , , , , , , , , No comments



Dah lama juga admin tak ada buat review novel berkenaan novel-novel terbaru yang bertimbun-timbun datang di NovelPlus. Jangan risau sebab admin sedaya upaya cuba untuk memberikan korang yang terbaik hanya di NovelPlus. Maaflah kalau admin keciciran masa akibat kesibukan yang melanda namun admin masih lagi gembira dapat buat review untuk sebuah novel baru yang pada admin bakal menjadi kesukaan pembaca-pembaca di luar sana. Novel yang admin maksudkan adalah novel hasil nukilan Carl Hafiezz yang hadir dengan buah tangan pertamanya buat NovelPlus iaitu "Jodoh Terpaksa Cinta Merela".



Admin pun cukup menyukai novel ini kerana ia memiliki nilai sentimental yang tinggi. Menerapkan ciri-ciri tipikal drama Melayu yang kebiasaannya, novel ini boleh dikatakan percubaan yang cukup baik kerana mempertaruhkan konsep kahwin paksa yang selalu menjadi pilihan pembaca-pembaca novel Melayu di luar sana. Novel ini cukup padat dengan kisah cinta, elemen sedih dan pelbagai rencah yang mampu membuatkan korang tak sabar untuk menghabiskan membaca bab-bab yang seterusnya. Namun jalan cerita novel ini boleh dikatakan cukup kuat dan mampu menambat hati lebih ramai pembaca di luar negara.



Berkisarkan tentang Rafa dan Arif, disatukan secara perkahwinan aturan keluarga kerana untuk kepentingan jawatan CEO yang begitu diingini oleh Arif. Malangnya Raf sudah mula menyimpan perasaan terhadap suaminya itu hingga dia berasa begitu pilu kerana Arif tidak pernah menganggapnya sebagai isteri. Sehinggalah pada suatu hari Raf merancang sesuatu untuk menguji sejauh mana cinta Arif terhadap dirinya, jika benar cintanya itu bukan sekadar sandaran. Mampukah akhirnya Raf meruntuhkan tembok keegoan Arif dan bersama mencipta bahagia? Ikuti kisah selanjutnya di dalam novel romantis ini hanya di NovelPlus!


0 comments:

Post a Comment