May 26, 2016

NOVEL PILIHAN PEMBACA SEMPENA MENJELANG RAMADAN INI

BY Unknown IN , , , , , , , , , , 1 comment

Tidak beberapa lama sahaja lagi, kita akan berada di dalam bulan penuh kemuliaan iaitu Ramadhan. Bulan yang penuh keberkatan dan kedamaian di mana di ketika inilah kita sesama insan dapat merasakan keakraban sesebuah hubungan melalui tradisi yang diwarisi sejak turun temurun lagi. Mungkin ramai yang memilih untuk bekerja seperti biasa dan tidak kurang juga mereka yang ingin bersantai bersama keluarga ketika ini. Mujurlah kami di NovelPlus telah susunkan beberapa seleksi novel-novel menarik yang dapat mengisi masa anda sepanjang Ramadhan ini. Syukur kerana tidak perlu bersesak-sesak untuk ke kedai-kedai buku bagi mendapatkan koleksi novel-novel menarik, kini segalanya berada di hujung jari anda sahaja.

NovelPlus di sini memyarankan beberapa novel yang berkonsepkan islamiah dan sesuai untuk bacaan anda pada Ramadhan ini agar masa anda yang terluang itu dapat diisi dengan bermanfaat. Begitu juga dengan adik-adik yang bersekolah ketika itu, isi masa terluang yang berharga itu dengan novel-novel bercorak Islamik di NovelPlus kerana kata orang, ilmu itu boleh didapati dalam medium apa pun meskipun kadangkala cara penyampaiannya ada kelainan namun yang penting mesej kerohanian yang ingin disampaikannya terkesan di hati semua. Jadi apa kata kita lihat senarai novel menarik yang bakal mengisi masa anda nanti dan ulasan pendek berkenaan setiap satu novel yang telah kami senaraikan di sini.


BARAQAH

Akibat tidak tahan dengan leteran ibunya yang menyuruhnya mencari kerja, Idham nekad untuk keluar dari rumah dan pergi ke Kuala Lumpur mencari kerja. Setibanya di Kuala Lumpur, Idham ditimpa pelbagai musibah yang besar seperti kehilangan dompet, disyaki pendatang, ditahan polis dan dibelasah samseng-samseng di Kuala Lumpur. Idham tertanya-tanya mengapakah dia ditimpa masalah yang telah mengganggu emosinya. Akhirnya, selepas pelbagai masalah ditempuhinya dia mula sedar akan kesilapannya kerana tidak mendapat restu dan keberkatan dari ibunya.  KLIK SINI
  YA ALLAH! AKU CINTA DIA 
Wanita yang mempercayai bahawa jodoh itu adalah ketentuan Allah dan semestinya dia mendoakan bertemu dengan yang terbaik untuk dirinya dan mampu membimbing hingga ke Jannah. Marha mencintai Farhan namun dia mahu percintaan mereka bukan bersifat duniawi semata-mata. Cinta kerana Allah itu adalah lebih penting pada pandangan Marha. Farhan juga inhin memperbaiki dulu keadaan dirinya sebelum ingin meminang Marha kerana dia mahu menjadi imam yang mampu membimbing keluarganya ke syurga. Jika cinta itu datang dengan keberkatan, maka akan bersinarlah hingga ke hujung dunia.  KLIK SINI

KENAPA AKU
Jalan cerita yang penuh pengajaran mengenai Rina, seorang anak yatim yang tinggal bersama ibu tirinya, Suraya dan abang tirinya. Walaupun sebagai anak tiri, namun Rina dilayan seperti hamba abdi oleh Suraya yang tidak pernah sekelumit pun menyimpan perasaan sayang terhadap anak tirinya itu. Yang dia tahu Rina adalah tempat untuk dia melepaskan seluruh tanggungjawabnya dan duduk bersenang-lenang bersama anak lelakinya. Namun jiran bersebelahan iaitu Pak Abu telah menyampaikan hasrat untuk mengambil Rina sebagai anak angkat dan Suraya menentang habis-habisan mengenai keputusan itu.  KLIK SINI

HIKMAHMU
Kehidupan Zahra yang penuh dengan kasih sayang diragut dengan pemergian ibu yang paling disayanginya. Dia cuba untuk bertahan dan kuat demi ayahnya kerana dia tahu dia masih ada ayah yang menyayanginya. Ternyata ia keindahan yang sementara sahaja apabila sikap ayahnya mula berubah telah bertemu dengan Misya dan berkahwin dengannya. Misya dan anak perempuannya sering mendera dan memukul Zahra sehingga Zahra sendiri dihalau oleh ayahnya pada suatu malam. Kehidupan Zahrah dipenuhi onak dan ranjau sepanjang jalan dan sehingga dia bertemu dengan Daud, seorang pemuda miskin yang cacat fizikalnya. KLIK SINI

1 comment:

  1. 1xbet | 1xbet | Bet with a Bonus - RMC | Riders Casino
    1XBet allows you worrione.com to bet on any favourite horse races or any communitykhabar other sporting event. 1xbet login ✓ Get up to £300 + 200 바카라 사이트 Free Spins No Deposit

    ReplyDelete