May 15, 2016

SELEKSI PILIHAN PEMBACA UNTUK MEI 2016

BY Unknown IN , , , , , , , , , , , , No comments


Sedar tak sedar kita dah pun berada di pertengahan Mei dan beberapa hari sahaja lagi sebelum kita menyambut kedatangan bulan Ramadhan yang diberkati. Hari berganti hari, bulan berganti bulan namun NovelPlus tidak pernah bosan bertungkus-lumus demi memberikan pengguna pengalaman membaca novel yang terbaik dan lebih menarik. Dari kaki tangga hingga ke menara, NovelPlus merangkak dan seterusnya berlari berkat dari sokongan pembaca yang tidak pernah jemu memberikan input dan kritikan membina dalam sama-sama membantu NovelPlus untuk mendaki puncak kejayaan dalam menuju destinasi yang tak pasti.

Buat masa ini NovelPlus gigih membawakan koleksi novel-novel menarik yang bakal mengisi masa terluang anda dengan lebih berkualiti. Oleh itu jom kita saksikan beberapa novel menarik yang kami cadangkan untuk korang semak dan baca kerana bukan sahaja isi kandungannya yang berkualiti dan jalan cerita yang menarik tapi anda juga boleh menimba ilmu dan beroleh sedikit pengajaran daripada sesuatu yang ingin di sampaikan oleh si penulis. Jadi jom kita intai beberapa novel terhangat minggu ini untuk anda baca dan rekomen kepada rakan-rakan anda sejurus tiba masa cuti dan terluang nanti.


MY INTAN PAYUNG

Mana yang lebih gila? Mencintai seseorang yang cukup sukar untuk anda dekati ataupun menyamar sebagai hantu hanya untuk mendekati orang yang benar-benar anda minati? Walau apapun alasannya ternyata percubaan kedua itu boleh dikatakan suatu kegilaan yang hanya dibuat oleh mereka yang benar-benar sudah gilai kerana cinta. Bukan main dashyat cara Izzat nak dapatkan Iman, sumpah memang tak pernah dibuat orang. Namun apakah yang bakal terjadi sekiranya rahsia Izzat itu terbongkar? INSTALL

AKU

Jika manusia sudah terpesong jauh dari didikan agama, maka binasalah kehidupannya. Chiqa telah biasa dengan kehidupannya yang bergelumang noda. Rokok tidak pernah lekang dari genggamannya dan hidupnya pada suatu hari berubah apabila dia diperkosa oleh mereka yang tidak dia kenali. Dalam proses Chiqa meenjejak pelakunya itu, dia bertemu pula dengan Luqman Daniel lelaki misteri yang kacak yang sering merayunya. Namun apakah yang bakal terjadi apabila Chiqa menerima lamaran lelaki tersebut? Dapatkah dia memaafkan apabila mengetahui dialah dalang di sebalik semua ini? INSTALL

SOFIA JANE

Memang susah apabila diri sudah terlajak angau dengan seseorang. Ahmed Darius tidak menyangka pertemuannya dengan gadis jelita yang dikenalinya sebagai Sofia Jane itu akhirnya membibitkan rasa cinta terhadapnya. Entah mengapa dia tidak mampu menanggung perasaannya itu acapkali dia melihat Sofia Jane dalam kedukaan. Namun apakah Sofia Jane juga mempunyai perasaan yang sama pada Ahmed Daarius ataupun sebenarnya dia hanya bertepuk sebelah tangan. Dapatkah keikhlasan Darius menawan hati si jelita itu pada akhirnya. INSTALL


TERGELINCIR

Kisah hidup yang penuh onak dan ranjau. Sekali tergelincir dari landasan agama maka selamanya hidup akan terumbang ambing. Raifa dan Farisha sudah lama menjalin hubungan sejenis tanpa dapat dihidu oleh keluarga mahupun kenalan rapatnya. Namun akhirnya perkara itu dapat juga diketahui apabila Khaliff Darius menemuinya secara tidak sengaja di sebuah restoran. Sebagai bekas teman lelakinya, dia ingin Raifa kembali ke pangkal jalan namun malangnya dia tidak mengendahkan apa yang dinasihatkan kepadanya. Mampukah Khaliff mengubah hidup Raifa yang liar itu menjadi lebih baik? INSTALL


LELAKI EGOIS

Tidak pernah menyangka perkahwinan yang diatur itu akhirnya mengundang jua sebuah derita. Di ketika Zaza belum bersedia untuk berumahtangga, perkahwinannya telah pun diatur dengan seorang lelaki yang bernama Ashman. Baru sahaja dia membayangkan gerbang bahagia yang bakal dimilikinya bersama suami yang baru dikenalinya itu, badai melanda dan menjadikan bahtera rumahtangga yang sedang dilayarinya itu tenggelam sedikit demi sedikit. Mampukah Zaza mempertahankan cintanya dengan keegoan seorang lelaki yang semakin tipis sabarnya? Adakah perpisahan menjadi jalan terakhir untuk mereka. INSTALL

0 comments:

Post a Comment