June 01, 2016

5 NOVEL PALING POPULAR UNTUK SEPANJANG TAHUN 2016

BY Unknown IN , , , , , , , , , , , , , , , , , No comments

Hi semua, mesti ramai yang tengah dalam mood nak berpuasa ni kan? Bagus, ibadah mulia wajib untuk kita raikan bersama tapi adakah korang benar-benar dah ready. Banyak dugaan yang bakal melanda sepanjang bulan Ramadan ini jadi korang kenalah cekalkan hati dan sabar menepis apa sahaja dugaan yang merintangi hidup korang mulai saat ini. Yakin bahawa setiap yang buruk itu pasti akan ada hikmahnya nanti. Apa pula persiapan korang menjelang Ramadan ini? Takkanlah cepat sangat korang nak ganti segala bagai dekat rumah tu kan? Cukuplah sekadar memastikan barang-barang dapur kita cukup untuk menampung makan minum kita nanti.

Apa yang pasti kesihatan kita itu lebih penting untuk diutamakan. Okeylah dah lama kita tak tengok rating keseluruhan novel-novel yang berada di tangga teratas untuk tahun ini bukan? Mesti terdapat banyak perubahan besar yang mampu memberikan kejutan besar kepada pembaca nanti. Yalah jika dahulu kita selalu melihat tiga novel ini iaitu "Aku Bukan Cinderella", "The Young Bride" dan "Aku Cinta Kamu" berada di tempat paling teratas setiap minggu. Jadi admin pasti kali ini tentu ada novel baru yang sedang mendaki dan bakal mengambil alih tempat ketiga-tiga novel lagenda tersebut. Tahniahlah kepada penulis-penulis tersebut yang berusaha keras untuk mendapat tempat teratas.



1. YOU ARE MINE, NO ONE ELSE

Merupakan kisah cinta kompleks antara Megat Izzat, Mizan dan Tengku Rashid yang bakal membuatkan anda teringat akan drama tipikal Melayu yang sering bersiaran di slot Akasia TV3. Mizan dan Tengku Rashid saling mencintai, namun Rashid masih tegar mengkhianati cinta mereka sehingga kebencian Mizan menusuk jauh ke lubuk hati. Kerana terlalu sedih, keadaan telah memaksa Mizan membawa diri ke Pulau Langkawi. Namun ketika berada di sana, pertemuannya dengan Megat Izzat telah membuahkan bibit cinta yang tak terduga. Lalu kini, dilema melanda untuk Mizan memilih siapa yang harus memiliki cintanya. LIHAT SETERUSNYA


2. SUAMIKU PEMBULI

Aiqish seorang anak yatim telah kematian ayahanda tercinta terpaksa memilih untuk memiliki hati yang cekal dan bertabah demi ibu yang amat disayangi. Namun hidupnya mula menjadi kacau bilau apabila dengan tidak sengaja bertemu dengan Tengku Airil, lelaki yang telah dilanggarnya dengan tidak sengaja. Semenjak itu hubungan mereka terus menjadi seperti pasangan yang sering bercakaran. Pada mulanya ya, memang Tengku Airil sakit hati setiap kali melihat kelibat Aiqish dan segalanya menjadi semakin rumit apabila mereka dijodohkan bersama. Dapatkah mereka menyesuaikan diri untuk hidup sebagai sebagai suami isteri? LIHAT SETERUSNYA


3. HUBBY I LOVE YOU

 Mimpi Isyah berkahwin dengan mamat Negro telah menyebabkannya menjadi fobia dengan dunia perkahwinan. Pertemuannya dengan seorang lelaki bernama Airi sehingga dengan tidak sengaja merosakkan telefon milik lelaki tersebut telah menyebabkan bermulanya suatu episod baru dalam hidup Isyah. Apabila kedua-dua mereka bertemu ketika majlis meminang, Isyah benar-benar bengang kerana terpaksa berkahwin dengan Airi. Namun kebencian itu hanya akan luput oleh masa dan di ketika rumahtangga mereka sedang mula menemui cahaya bahagia, datang satu dugaan yang bakal menduga sejauh mana kesetiaan mereka. LIHAT SETERUSNYA


4. MY INTAN PAYUNG

Apakah idea yang paling giler korang pernah dengar tentang cara untuk mengurat wanita yang korang sangat sukai? Namun Izzat telah melampaui batas dengan menyamar sebagai hantu yang berkeeliaran di sekolah tempat Iman Aus, iaitu gadis yang amat diminatinya. Penyamaran itu berjalan lancar dengan bantuan beberapa rakannya sehingga menyebabkan Iman Aus langsung tidak mengesyaki tentang perancangan mereka itu. Namun akhirnya segalanya terbongkar dan Iman Aus akhirnya mendapat tahu bahawa segala yang berlaku selama ini hanyalah lakonan semata-mata, namun apakah reaksi Iman Aus? Mampukah hubungan mereka bertahan? LIHAT SETERUSNYA


5. MENCARI CINTA

Arief dan Laura adalah pasangan adik beradik kaya yang begitu akrab bersama kerana ke mana sahaja mereka pergi, mereka pasti akan bersama. Kebetulan suatu hari Arief bertemu dengan Aliya Maisara setelah membantu menyelamatkannya daripada diganggu oleh sekumpulan penagih dadah. Namun kedatangan Izad dan Adiela pula di dalam hidup mereka bertiga telah mencetuskan pelbagai konflik cinta dan airmata. Apakah cinta sebenar yang dicari mereka dan mampukah mereka untuk menemuinya sebelum masing-masing berputus asa? Dan apakah kesudahan antara konflik cinta antara mereka berlima? LIHAT SETERUSNYA

0 comments:

Post a Comment