June 08, 2016

NOVEL-NOVEL MENARIK MENEMANI ANDA SEPANJANG BULAN RAMADAN INI

BY Unknown IN , , , , , , , , , , , , , No comments

Alhamdulillah,

Syukur dipanjatkan kepada Tuhan kerana kita masih lagi dibenarkan bernafas di bumi bertuah Malaysia ini dan berada di dalam bulan yang penuh keberkatan ini iaitu Ramadan. Admin juga cukup berbangga kerana novelis-novelis sekalian memanfaatkan masa yang diberikan ini untuk menghasilkan karya-karya yang hebat dan tidak kurang juga mampu mengalirkan airmata admin ketika ini. Tahniah juga kepada novelis-novelis yang karya mereka turut berjaya menjuarai carta di NovelPlus ketika ini. Semoga bulan yang penuh keberkatan ini memberikan sejuta rahmat dan ilham buat para penulis untuk menghasilkan karya yang juga turut dapat dijadikan saluran untuk anda berdakwah secara halus.

Novel juga seperti puisi dan sajak, penuh dengan pengajaran dan menceritakan pengalaman yang mampu dijadikan iktibar buat para pembaca di luar sana agar sentiasa peka pada setiap aspek kehidupan. Sebagai medium popular di masa ini, novel juga dapat dijadikan salah satu saluran dakwah yang dapat menyampaikan hasrat murni kepada pembaca di luar sana. Untuk itu kami di sini juga apat mengalukan karya-karya daripada para novelis untuk kita turut sama memeriahkan industri novel kita yang masih lagi berada di tahap yang memuaskan. Banyak lagi yang ingin kita lakukan demi memartabatkan dunia novel tempatan agar mampu berjaya untuk berada di persada antarabangsa.

Baiklah kita ada menerima beberapa novel baru yang boleh menghiburkan masa lapang anda so jom kita lihat apa yang menarik untuk minggu ini!



JATUH CINTA

Pagi yang sangat mendamaikan bagi uwais. Jam menunjuk kan pukul 6.30 pagi solat subuh sudah dilaksanakan, kebiasaannya selepas selesai melaksanakan solat subuh pasti dia akan melelapkan matanya semula tetapi tidak pula pada hari.

Uwais berjalan ke koridor dengan hanya memakai baju tidur yang berwarna kuning. Uwais kelihatan begitu comel dengan baju tidurnya yang bergambar  spongebob squarepants iaitu kartun kegemarannya. Uwais mengeliat sambil menghirup udara segar. Setelah puas matanya di cuci dengan keindahan alam semula jadi lalu kakinya mula bergerak keluar dari bilik dan menuju ke dapur.

Dilihat sekujur tubuh tua sedang sibuk membancuh air. “Ibu,” sergah uwais. “Ya Allah Uwais ni kalau ibu ada sakit jantung dah lama ibu mengeras tahu tak,” marah Puan Azizah sambil mengurut dada. Uwais hanya tersenyum. “Ala ibu senaman pagi untuk jantung,” balas uwais dengan nada gurauan.




SAYA CINTAKAN AWAK

Minyoung ...
Pelajar di sekolah yang terkenal di Seoul. Hanya pelajar biasa sahaja. Tak terlalu hot stuff, tak terlalu skema . Namun begitu , dia sedang menjalinkan hubungan cinta bersama Kim Seokjin, pelajar lelaki yang paling terkenal di sekolah itu dan sering menjadi kegilaan dikalangan pelajar wanita .

"Minyoung ~ Kawan saya buat majlis kat rumah dia . Awak nak ikut ? Saya jemput awak kat rumah awak. Arasseo ?" Jin menghulurkan surat jemputan kepada Minyoung .

"Okay. Jangan lambat" Jin hanya menganggukkan kepala dan mencuit hidung Minyoung lalu meninggalkan Minyoung . Sebaik sebaik sahaja Jin hilang dari pandangan Minyoung, Yoongi atau dikenali sebagai Suga terus mengejar Minyoung dan merampas surat jemputan dari tangan Minyoung.

0 comments:

Post a Comment