June 15, 2016

6 TIPS MENARIK DALAM MENGHARUNGI RAMADAN SECARA SIHAT

BY Unknown IN , , , , , , , , , , , , , No comments

Salam sejahtera semua,

Admin dah agak korang mesti sedang mengelamun walaupun kerja korang dah bertimbun atas meja kan? Tak perlu risau, chill la lagipun dah dekat waktu lunch apa yang korang nak risau sangat? Tapi bulan Ramadan ni kita tidak digalakkan sangat untuk tidur pada waktu siang, bak kata orang tua-tua nanti kurang pahala puasa! Ya ke tu? Apa-apa sahajalah kerana sebenarnya tidur siang ni nanti akan membataskan aktiviti korang terutamanya ketika bulan Ramadan. Pada malamnya kita digalakkan untuk pergi bersolat tarawikh dan membaca Al-Quran jadi apa pula yang boleh korang buat pada siangnya? 

Hah, itu nanti admin bagi tahu. Sekarang ini jom kita ikuti tips-tips menarik agar korang dapat kekal sihat sepanjang Ramadan ini. Bukan sihat badan sahaja tetapi juga sihat hati dan segalanya!

1. JANGAN MAKAN BERLEBIHAN

Di ketika bulan Ramadan ini korang bolehlah cuba untuk kurangkan pengambilan makanan. Takkan korang nak tengok angka dekat mesin penimbang dari bulan puasa hingga ke raya masih tak berganjak-ganjak kan? Rasa sia-sia pulak berlapar dahaga ketika tu kan? Makan dengan bersederhana dan kurangkan makanan yang berlemak dan manis.

2. BUAT REGANGAN RINGAN

Siapa yang cakap korang tak boleh bersenam sewaktu bulan Ramadan? Korang boleh saja buat sedikit regangan ringan di rumah ataupun sebelum korang masuk kerja. Tak perlulah sampai main gim sekali, cukup sekadar meregangkan otot-otot agar korang tidak terlalu lesu dan letih untuk mengharungi hari-hari korang nanti.

3. MINUM BANYAK AIR MASAK

Ketika Ramadan inilah ramai yang mengalami keadaan kehilangan banyak air dalam badan jadi untuk mengelakkanterjadinya keadaan ini, banyakkan minum air masak sebaik sahaja selepas berbuka dan ketika sahur untuk mengekalkan humlah air dalam badan agar berada pada paras yang optimum.

4. BANYAKKAN MAKAN BUAH-BUAHAN

Ini memang kalau tanya budak sekolah pun mere mesti tahu bahawa banyak memakan buah-buahan ketika bulan Ramadan boleh menyihatkan badan. Pengambilan buah-buahan juga boleh mengawal jumlah air dalam badan dan memberikan tenaga untuk rutin harian korang. Utamakan buah-buahan ketika berbuka.

5. HINDARI DARI PANAS TERIK

Adalah lebih baik untuk korang menghindari panas terik ketika bulan Ramadan ini. Disebabkan pada bulan Ramadan inilah badan kita akan kerap kekurangan air, jadi adalah lebih baik untuk berlindung daripada panas terik kerana bimbang boleh menyebabkan dehidrasi dan seterusnya boleh membawa kepada strok haba.

6. LAYAN NOVELPLUS DI RUMAH

Yang pasti korang masih lagi boleh mengisi masa lapang korang di rumah dengan melayan NovelPlus. Banyak novel melayu yang menarik boleh korang terokai dalam aplikasi ini. Tak kiralah kalau korang meminati genre apa sekalipun kerana ada pelbagai jenis novel menarik untuk menghibur hati korang sambil menanti tibanya waktu berbuka. Jom download di sini!

0 comments:

Post a Comment